BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agrobank Perkasa Pendigitalan Penjaja, Mulakan Misi Jelajah Negara Pada Ogos

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Agrobank Perkasa Pendigitalan Penjaja, Mulakan Misi Jelajah Negara Pada Ogos​

431cc372081ac41862000f60b8b5d32b6a5a59e5714c9

1054f1058d3de6f4bfda070e931e677c6a5a5987080ab

60e22d9293b22e23d64e22bb2f2371e06a5a59983f39c

b20fe2dd2e77d87596d1f1a3642920596a5a59a84f8d9

KUKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Datuk Zainal Abidin Abd Majid (kiri) pada Majlis Makan Malam dan Pemeteraian Kerjasama Strategik Agrobank dan GPPPKMM di sebuah hotel hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Agrobank akan memulakan misi jelajah ke seluruh negara bulan depan bagi membantu lebih 5,000 penjaja dan peniaga kecil beralih kepada pendigitalan perniagaan.

Inisiatif itu susulan kerjasama strategik yang dimeterai antara bank berkenaan serta Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) malam ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata kerjasama itu membolehkan institusi kewangan berkenaan menyantuni golongan penjaja secara terus.

“Jelajah ini membuka peluang kepada kami untuk menyantuni dan memberi perkhidmatan kewangan, pembiayaan, kemudahan-kemudahan perbankan yang lain dari segi pendigitalan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam serta Pemeteraian Kerjasama Strategik Agrobank dan GPPPKMM di sini.

Beliau berkata menerusi rangkaian persatuan itu, Agrobank turut menawarkan khidmat nasihat kewangan dan pemasaran bagi membantu penjaja mengembangkan perniagaan mereka.

“Bagi Ogos hingga November, kita sasarkan lebih 5,000 akaun yang boleh dibuka untuk penjaja ini,” katanya.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata program turun padang itu selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyantuni peniaga kecil, dengan Agrobank setakat ini telah mengadakan program turun padang di 10 lokasi pasar tani yang merekodkan permohonan pembiayaan melebihi RM10 juta.

Sementara itu, Presiden GPPPKMM Datuk Zainal Abidin Abd Majid merakamkan penghargaan kepada Agrobank yang tampil menyediakan produk kewangan yang disesuaikan mengikut keperluan penjaja.

“Sebelum ini kebanyakan produk kewangan tiada pengkhususan untuk penjaja tetapi setelah saya berbincang beberapa kali dengan Agrobank, kita dapat satu pendekatan yang sesuai,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register