Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Agrobank Perkasa Pendigitalan Penjaja, Mulakan Misi Jelajah Negara Pada Ogos
KUKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Datuk Zainal Abidin Abd Majid (kiri) pada Majlis Makan Malam dan Pemeteraian Kerjasama Strategik Agrobank dan GPPPKMM di sebuah hotel hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Agrobank akan memulakan misi jelajah ke seluruh negara bulan depan bagi membantu lebih 5,000 penjaja dan peniaga kecil beralih kepada pendigitalan perniagaan.
Inisiatif itu susulan kerjasama strategik yang dimeterai antara bank berkenaan serta Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) malam ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata kerjasama itu membolehkan institusi kewangan berkenaan menyantuni golongan penjaja secara terus.
“Jelajah ini membuka peluang kepada kami untuk menyantuni dan memberi perkhidmatan kewangan, pembiayaan, kemudahan-kemudahan perbankan yang lain dari segi pendigitalan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam serta Pemeteraian Kerjasama Strategik Agrobank dan GPPPKMM di sini.
Beliau berkata menerusi rangkaian persatuan itu, Agrobank turut menawarkan khidmat nasihat kewangan dan pemasaran bagi membantu penjaja mengembangkan perniagaan mereka.
“Bagi Ogos hingga November, kita sasarkan lebih 5,000 akaun yang boleh dibuka untuk penjaja ini,” katanya.
Tengku Ahmad Badli Shah berkata program turun padang itu selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyantuni peniaga kecil, dengan Agrobank setakat ini telah mengadakan program turun padang di 10 lokasi pasar tani yang merekodkan permohonan pembiayaan melebihi RM10 juta.
Sementara itu, Presiden GPPPKMM Datuk Zainal Abidin Abd Majid merakamkan penghargaan kepada Agrobank yang tampil menyediakan produk kewangan yang disesuaikan mengikut keperluan penjaja.
“Sebelum ini kebanyakan produk kewangan tiada pengkhususan untuk penjaja tetapi setelah saya berbincang beberapa kali dengan Agrobank, kita dapat satu pendekatan yang sesuai,” katanya.