BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxis, BSTP Pertingkat Program GenAI eKelas Di 400 Sekolah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,180
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,180
Reaction score
346
Points
141

Maxis, BSTP Pertingkat Program GenAI eKelas Di 400 Sekolah​

662530087dd7961b34bef4d1bbb3a5ca6a3a834deb99c

b47463af905ff69e105c90d577ce802c6a3a8363af266

df7d4457a7159628f8816ee7a87bf7b36a3a8373cb9de

Kredit: Maxis

Maxis dan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan Program GenAI Maxis eKelas 2026 yang dipertingkatkan untuk memperkasakan lebih 32,000 murid dan guru daripada 400 sekolah di seluruh negara dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI).

Program itu, yang memasuki tahun kedua meneruskan momentum program rintis pada 2025 yang berjaya melatih lebih 22,000 murid dan guru serta mencatat peningkatan skor median sebanyak 80 peratus dalam pemahaman mereka terhadap AI.

Maxis dalam kenyataan hari ini memaklumkan program 2026 diteruskan dengan model dua cara berbeza melalui modul direka khusus untuk murid dan guru serta disokong oleh jurulatih dilantik dalam kalangan guru.

Program itu turut dipertingkatkan dengan modul projek pengekodan santai (vibe coding) yang mencabar murid untuk menguasai kemahiran kejuruteraan prompt yang lebih maju dengan menggunakan alat GenAI untuk penghasilan kandungan digital dan penyelesaian masalah secara aktif.

Program itu turut diperkukuh menerusi ekosistem rakan kerjasama yang lebih meluas termasuk Canva Education, Google for Education dan Schola by Creador Foundation yang menyumbang kandungan serta sokongan bagi alat GenAI.

Tahun kedua program itu dilancarkan secara rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist Sentul di sini melibatkan 80 murid tingkatan dua hingga tingkatan lima sebagai antara kumpulan terawal mengikuti modul baharu tersebut.

Pengarah BSTP Aniza Kamarulzaman berkata inisiatif itu sebahagian daripada usaha untuk melengkapkan murid dengan kemahiran digital yang lebih maju selain pemerkasaan kemahiran guru membolehkan mereka menerapkan AI dengan lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Bagi memastikan murid kita mampu menerajui masa depan digital, mereka perlu dilengkapi dengan lebih daripada sekadar pengetahuan asas. Modul tahun kedua ini memenuhi keperluan itu dengan memupuk kemahiran digital lebih maju yang diperlukan untuk melahirkan generasi benar-benar berdaya saing dan bersedia menghadapi masa hadapan,” katanya.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis Azizul Abdul Rahman berkata kerjasama erat dengan BSTP membolehkan program itu dipertingkatkan ke tahap seterusnya.

 
Back
Top
Log in Register