combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,402
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,402
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kredit: Maxis
Maxis menerusi kerjasama strategik Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan bengkel Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI) yang diperluaskan, Program GenAI Maxis eKelas bertujuan memperkasakan murid dan guru dengan kemahiran serta pengetahuan AI yang bersedia untuk masa depan.
Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan di sini, inisiatif berkenaan menyokong peralihan Malaysia ke arah negara berkuasa AI melalui literasi digital dan AI sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Dasar Pendidikan Digital.
Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM Aniza Kamarulzaman berkata kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkasakan teknologi dalam pendidikan.
"Program GenAI Maxis eKelas bukan sekadar pemindahan teknologi, ia adalah tentang membentuk generasi yang bukan sahaja mahir tetapi juga berprinsip dan bertanggungjawab dalam menggunakan AI.
“Melengkapkan guru dan murid dengan kemahiran kritikal ini akan mewujudkan asas kepada bilik darjah berasaskan AI serta memastikan tenaga kerja masa depan mampu memimpin, berinovasi dan bersaing di peringkat global,” katanya ketika merasmikan pelancaran program itu.
Bengkel itu menggabungkan kepakaran industri dengan reka bentuk modul selaras kurikulum, merangkumi fasilitasi aktif dan hasil pembelajaran yang boleh diukur dan melibatkan 50 sukarelawan Maxis sebagai pembangun dan jurulatih program.
Bengkel komprehensif ini disusun dalam dua trek khusus — satu untuk murid yang memfokuskan kepada aplikasi praktikal GenAI, tugasan kreatif dan kemahiran insaniah manakala satu lagi untuk guru yang merangkumi pemahaman mendalam tentang AI, prompt engineering serta pembangunan profesional.
Kedua-dua trek ini turut mengandungi modul mengenai penggunaan AI secara beretika, bagi memastikan peserta mampu mengendalikan teknologi AI dengan bertanggungjawab.
Maxis menyasarkan untuk meningkatkan kemahiran 30,000 pelajar dan guru di seluruh negara, merangkumi 150 sekolah di semua negeri di Malaysia dan mendigitalkan modul-modul berkenaan untuk akses yang lebih meluas menerusi portal Maxis eKelas yang boleh diakses melalui platform Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa).
Maxis, KPM Lancar Bengkel GenAI eKelas Perkasakan Pelajar, Guru Dengan Kemahiran AI
Maxis, GenAI, Kementerian Pendidikan, RMK13, dig