BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxis Perkasa Usahawan Sabah Dengan Kemahiran Digital, Bantu Perluas Perniagaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141

Maxis Perkasa Usahawan Sabah Dengan Kemahiran Digital, Bantu Perluas Perniagaan​

1cc61ae3f32848c6a7bac29bee3da5e766474f928a39e


Sebanyak 52 usahawan Sabah menamatkan Program Pemecut eKelas Usahawan Maxis, program peningkatan kemahiran digital yang membantu memperluas perniagaan secara dalam talian dan berjaya mencatatkan purata peningkatan hasil bulanan sebanyak 57 peratus.

Maxis menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, program tiga bulan yang dilaksanakan dengan kerjasama Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) itu juga merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Maxis serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyokong pembangunan keusahawanan tempatan.

“Dengan mengaplikasikan kemahiran pemasaran digital untuk mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian, kumpulan ini berjaya mencatatkan purata peningkatan hasil bulanan sebanyak 57 peratus.

“Terdiri daripada usahawan komuniti bandar dan luar bandar di seluruh Sabah, mereka mewakili pelbagai industri seperti makanan dan minuman, perkhidmatan serta kraf tangan,” menurut kenyataan itu.

Maxis turut memaklumkan melalui program itu, peserta menggunakan alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk membentuk bahan promosi, mengurus platform media sosial serta merangka strategi kandungan dengan lebih berkesan.

Menurut kenyataan itu, impak daripada program berkenaan peserta berjaya beralih daripada menghasilkan hantaran yang hanya tertumpu kepada produk, kepada pelbagai kandungan yang lebih menarik termasuklah video di sebalik tabir, testimoni pelanggan serta tip-tip pendidikan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis Azizul Abdul Rahman berkata syarikat telekomunikasi itu berbangga dapat terus menyokong komuniti di Sabah dalam usaha mempertingkatkan keupayaan digital mereka.

“Adalah amat menggalakkan untuk melihat peserta memanfaatkan AI bagi mencipta kandungan yang lebih memberi kesan serta menjangkau pelanggan baharu secara dalam talian. Hal ini selari dengan pegangan kami, 'Esok Bermula Hari Ini’, dalam usaha memupuk jaringan yang membolehkan para usahawan berhubung dan meneroka peluang baharu,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif SCENIC Mohd Lan Muslim, kejayaan kohort itu mencerminkan potensi komuniti perniagaan Sabah apabila diberikan sokongan yang padu.

 
Back
Top
Log in Register