BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

72 Anggota Polis Jalini Latihan "abseiling" Pertingkat Kecekapan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80
6b56061ca6cc2d86ccdd3ec01d59dd546916c13569e0a

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar

Seramai 72 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengikuti latihan ‘abseiling’ atau ‘rappelling’ bagi memantapkan kecekapan taktikal serta semangat berpasukan dalam menghadapi pelbagai cabaran operasi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar berkata latihan bermula Selasa lepas itu telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Sri Petaling dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Ia lebih kepada untuk membina semangat berpasukan, keberanian, disiplin serta keyakinan diri yang menjadi teras kepada keunggulan dalam diri seorang pegawai polis itu sendiri.

“Kemahiran yang diperoleh amat penting dalam konteks operasi sebenar, terutamanya bagi tugasan khas seperti penyelamatan tebusan, operasi taktikal di kawasan tinggi, serta situasi kecemasan yang memerlukan tindakan pantas dan tepat,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan latihan berkenaan di BPP Sri Petaling di sini hari ini.

Beliau berkata latihan itu juga telah berjaya membentuk jaringan kerjasama yang kukuh antara agensi kerajaan, khususnya antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JBPM.

 
Back
Top
Log in Register