BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TVET ATM-MOT Disifatkan Sebagai 'Game Changer' - Ahmad Zahid

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

TVET ATM-MOT Disifatkan Sebagai 'Game Changer' - Ahmad Zahid​

6f49a5d5a00449304fc99b5e478cd7fd6a2122975b8f8

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menyaksikan pertukaran dokuman Memorandum Persefahaman antara Ketua Pengarah PERHEBAT Datuk Amir Md Noor (dua, kiri) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Development Corporation (MRDC), Nurul Adilah Abd Wahid (dua, kanan) pada Majlis Kerjasama Strategik Antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan berkaitan Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kiri) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia disifatkan sebagai ‘game changer’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata inisiatif itu juga mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada golongan itu selepas menamatkan perkhidmatan, khususnya dalam usaha memastikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai laluan kerjaya lebih jelas dalam sektor awam dan industri.

"Hari ini kita saksikan satu 'game changer' yang telah saya impikan sejak saya menjadi Menteri Pertahanan dahulu.

"Bukan sahaja untuk memberikan peluang kepada veteran menceburi bidang pengangkutan dan logistik, tetapi juga untuk memastikan mereka terus menjadi tenaga kerja berkualiti yang diperlukan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Kerjasama Strategik antara MOT dan MINDEF bagi Pemerkasaan TVET Anggota ATM, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebagai langkah awal pelaksanaan kerjasama itu, sebanyak 3,208 kekosongan jawatan telah dikenal pasti dalam sektor pengangkutan meliputi subsektor pelabuhan, logistik, rel, pengangkutan awam dan pengangkutan darat.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu membuktikan keberkesanan pendekatan rentas kementerian yang mengutamakan tindakan pantas berbanding bekerja secara berasingan atau silo.

Beliau berkata cadangan berkenaan dibentangkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) kepada Majlis TVET Negara kira-kira tiga bulan lepas, sebelum berjaya direalisasikan dalam tempoh singkat.

“Kita lihat bahawa apabila kita mengambil pendekatan tidak bekerja secara silo, maka keberhasilannya dapat dilaksanakan dengan segera," katanya.

 
Back
Top
Log in Register