BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Oktober atau November 2026

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—•๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก: ๐——๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—›

Saya dah perkenalkan 3 calon BERSAMA untuk PRN Melaka setakat ini:

Ridzuan Abdul Rahman - N11 Sungai Udang, bekas Pengurus Besar (Keselamatan Korporat) Penerbangan Malaysia (MAG)

Young Ji Yue - N14 Klebang, seorang jurutera geoteknikal dengan pengalaman 16 tahun di peringkat antarabangsa

Dr Aliza Che Seman - N17 Bukit Katil, bekas pensyarah kanan UTeM dalam bidang kejuruteraan robotik

Hari ini, kita berkenalan dengan seorang doktor perubatan yang akan mewakili BERSAMA bagi N24 DUN Bemban.

Berusia 40 tahun, Dr Muhammad Solehin Saleh memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum daripada Universitas Sriwijaya, Indonesia.

Dr. Solehin memiliki empat buah klinik perubatan sendiri yang telah beroperasi sejak tahun 2017 iaitu Klinik Muar, Klinik Muar Jalan Hasyim, Klinik Merlimau dan Klinik Muar, Tangkak.

Beliau bukan seorang yang asing di kalangan penduduk Bemban dan Jasin amnya.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Jasin yang bertanggungjawab bagi kawasan Bemban, termasuk Taman Maju (Fasa 1-7), Kawasan Perindustrian Kecil Dan Sederhana Taman Maju dan Kawasan Perindustrian Jasin.

Beliau juga datang dari sebuah keluarga yang ada penglibatan politik di Jasin dan Melaka.

Beliau merupakan abang kepada YB Dr Akmal Saleh, Adun Merlimau, merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun beliau dan Dr Akmal memilih platform politik yang berbeza, hubungan adik beradik dan kekeluargaan mereka baik.

Seperti calon-calon BERSAMA yang lain, Dr Solehin mendekati penduduk dengan sebaik mungkin setiap hari.

Kalau tak percaya, ikuti akaun media sosial beliau di Tiktok dan Threads untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Kebelakangan ini beliau sibuk jumpa rakyat melalui program-program seperti Tauhu Crispy Kongsi BERSAMA.

 

BN kaji, belum putuskan kerjasama PRN Melaka​

9f8e152c1c6444859254f9739c926281.png

d819fb4e0129445df607023ada763d49.jpg

9aead12c690231e0c5373afbe7f4e972.jpg


Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibuat oleh kepimpinan BN Melaka dan dimuktamadkan pada peringkat pusat.

โ€œSentimen akar umbi bercampur-campur. Jadi, kita lakukan kajian terperinci.

โ€œItu akan diputuskan oleh Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh kepimpinan UMNO dan BN pada peringkat pusat,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberikan kuasa kepada Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti, bagi menghadapi PRN berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.

- Bernama

jarang-jarang tengok wak zahid tersenyum riang

Bila PKR pun nak bekerjasama dengan wak zahid.
 

Rundingan Calon PRN Melaka Hanya Dibuat Selepas Pembubaran DUN - Ahmad Zahid​

e490104e66b2d4c46800cfc00bf34f1e6a9cebe5cd8e9

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di EduCity Sports Complex, di sini hari ini yang turut dihadiriย Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Rundingan awal berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata buat masa ini, segala perancangan dan perbincangan perlu difokuskan kepada persiapan menghadapi pilihan raya di negeri itu terlebih dahulu.

โ€œSebagaimana yang saya nyatakan, perundingan itu hanya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO diminta mengulas tentang rundingan awal berhubung calon bagi pilihan raya negeri berkenaan.

Penggal DUN Melaka akan tamat pada Disember ini seterusnya memberikan laluan kepada PRN.

Mengulas isu calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan kenyataan PAS baru-baru ini, beliau menyifatkan perbincangan berkaitan perkara itu sebagai terlalu awal.

โ€œTerus terang, terlalu awal untuk meletakkan seseorang atau sesuatu susuk tubuh untuk memegang jawatan itu, pilihan raya mungkin masih jauh atau mungkin dekat kerana kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah,โ€ katanya.

Berhubung pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada PRU16, Ahmad Zahid berkata perkara itu merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat.

 

Perbezaan Pandangan Antara KKDW, MOF Tidak Jejas Kerjasama PH-BN- Kamilร‚ย Munim​

d0c04daade7d8b071c6876298bb5d76367d838636c7f8

Muhammad Kamil Abdul Munim

Perbezaan pandangan berhubung peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diselia Kementerian Kewangan (MOF) tidak menjejaskan keutuhan kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata perbezaan pendekatan dalam perkara tertentu merupakan sesuatu yang biasa dalam kerjasama politik, malah telah diuruskan dengan baik dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

โ€œTidak berbangkit tentang soal terjejas. Kita dalam pilihan raya bukan PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka saja, di Johor dan Negeri Sembilan pun kita memang mengambil jalur yang berbeza.

โ€œPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyarankan agar isu antara KKDW dan MOF diselaraskan secara harmoni menerusi perbincangan dalaman membabitkan kedua-dua pihak,โ€ katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Adat Istiadat Khatam Keris Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Perak dan Perhimpunan Silat Anak-Anak Gayong Perak di sini hari ini.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata perbincangan di peringkat MOF akan memberi tumpuan kepada penelitian semula keperluan peruntukan serta memastikan keutamaan diberikan kepada projek pembangunan masyarakat desa yang berimpak tinggi.

Isu berkenaan mula menarik perhatian susulan kenyataan berbeza antara pemimpin kedua-dua gabungan berhubung peruntukan projek pembangunan luar bandar, yang mencetuskan spekulasi mengenai keharmonian hubungan politik PH-BN menjelang PRN Melaka.

Isu itu timbul susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai masalah yang dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah kementeriannya.

Ahmad Zahid berkata masalah yang berlaku itu memberi kesan kepada kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan, selain menegaskan keperluan menyelesaikan isu berkenaan supaya masalah bayaran tidak berlarutan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican pada Rabu lepas (2 Sept) memaklumkanย tidak ada sebarang sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar dan keseluruhan peruntukan bagi projek berkenaan telah disalurkan.

 

PRN Melaka: Ab Rauf Diberi Mandat Runding Kerjasama, Pilih Rakan Boleh Beri Kemenanganร‚​

b5832b15a3e3b4ecb34bd00567aab18f6a9d4c31649c4

30d768d02e8f5546264f88c44db63f346a9cf4f6ecb9c

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (depan, dua, kanan) menerima cenderahati daripada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (depan, tiga, kiri) ketika hadir pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Anak Muda Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan mandat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk merundingkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata rakan kerjasama yang dipilih haruslah mempunyai sifat jujur serta ikhlas bagi memastikan BN terus menerajui pentadbiran negeri pada penggal hadapan.

"Datuk Rauf, saya beri mandat berunding elok-elok, pilih partner (rakan)ย yang taat setia,ย yang boleh memberikan kemenangan pada kita (BN).

"Pilih partner yang ikhlas dan jujur dengan kita, yang bercakap di belakang sama, di depan sama, bukan yang cakap depan lain, belakang buat lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang turut dihadiri Ab Rauf di tapak parkir Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Ahmad Zahid pada masa sama mengingatkan agar BN Melaka mengekalkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi parti itu pada pilihan raya lepas.

Pada PRN Melaka yang diadakan pada 2021, BN menang ย 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH)ย memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Penggal DUN Melaka akan berakhir Disember ini.

 

Zahid beri bayangan sambung โ€˜gelombang biruโ€™ di Melaka​

f4f984e7-729d-4f57-a80a-718b54ca872d-7-ZAHID-HAMIDI-BN-GEMAS-NEGERI-SEMBILAN-MOGANRAJ-FMT-2607...jpg

Sebelum ini, Pengerusi BN Zahid Hamidi, berkata kerjasama gabungan berkenaan dengan mana-mana gabungan berdepan PRN Melaka hanya akan diputuskan selepas DUN dibubarkan.

Zahid yang juga presiden Umno, berkata ia mengambil kira mood โ€˜gelombang biruโ€™ yang dimahukan anak muda termasuk keseluruhan pengundi di negeri berkenaan.

โ€œApabila tiba hari besar (hari mengundi) yang menentukan masa depan Melaka, jangan lupa bahawa gelombang biru yang pernah berlaku di Johor, berlaku di Negeri Sembilan, insya-Allah gelombang biru itu akan berada di Melaka juga,โ€ katanya menurut Berita Harian di Ayer Keroh.

Beliau dilapor berkata demikian ketika menutup Karnival Anak Muda Melaka X Jom Heboh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, yang turut dihadiri Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Pada 31 Ogos, Zahid menyatakan kerjasama BN dengan mana-mana gabungan berdepan PRN Melaka hanya akan diputuskan selepas DUN dibubarkan.

Hari ini, beliau yang juga timbalan perdana menteri menepis dakwaan hubungannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semakin tegang, sebaliknya berkata hubungan mereka kekal baik.

Zahid mengulas laporan Bloomberg memetik sumber sebagai berkata, hubungan beliau dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu semakin tegang menyebabkan mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini terpaksa ditamatkan lebih awal.
 
jgn undi lagi baruah NED
 
Tu bukan. Berbeza pandangan tu namanya sekat peruntukan kementerian.

Tak pernah lagi ad MOF sekat peruntukan kementerian tanpa sebab sblm ni.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register