BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Oktober atau November 2026

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—•๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก: ๐——๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—›

Saya dah perkenalkan 3 calon BERSAMA untuk PRN Melaka setakat ini:

Ridzuan Abdul Rahman - N11 Sungai Udang, bekas Pengurus Besar (Keselamatan Korporat) Penerbangan Malaysia (MAG)

Young Ji Yue - N14 Klebang, seorang jurutera geoteknikal dengan pengalaman 16 tahun di peringkat antarabangsa

Dr Aliza Che Seman - N17 Bukit Katil, bekas pensyarah kanan UTeM dalam bidang kejuruteraan robotik

Hari ini, kita berkenalan dengan seorang doktor perubatan yang akan mewakili BERSAMA bagi N24 DUN Bemban.

Berusia 40 tahun, Dr Muhammad Solehin Saleh memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum daripada Universitas Sriwijaya, Indonesia.

Dr. Solehin memiliki empat buah klinik perubatan sendiri yang telah beroperasi sejak tahun 2017 iaitu Klinik Muar, Klinik Muar Jalan Hasyim, Klinik Merlimau dan Klinik Muar, Tangkak.

Beliau bukan seorang yang asing di kalangan penduduk Bemban dan Jasin amnya.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Jasin yang bertanggungjawab bagi kawasan Bemban, termasuk Taman Maju (Fasa 1-7), Kawasan Perindustrian Kecil Dan Sederhana Taman Maju dan Kawasan Perindustrian Jasin.

Beliau juga datang dari sebuah keluarga yang ada penglibatan politik di Jasin dan Melaka.

Beliau merupakan abang kepada YB Dr Akmal Saleh, Adun Merlimau, merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun beliau dan Dr Akmal memilih platform politik yang berbeza, hubungan adik beradik dan kekeluargaan mereka baik.

Seperti calon-calon BERSAMA yang lain, Dr Solehin mendekati penduduk dengan sebaik mungkin setiap hari.

Kalau tak percaya, ikuti akaun media sosial beliau di Tiktok dan Threads untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Kebelakangan ini beliau sibuk jumpa rakyat melalui program-program seperti Tauhu Crispy Kongsi BERSAMA.

 

BN kaji, belum putuskan kerjasama PRN Melaka​

9f8e152c1c6444859254f9739c926281.png

d819fb4e0129445df607023ada763d49.jpg

9aead12c690231e0c5373afbe7f4e972.jpg


Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibuat oleh kepimpinan BN Melaka dan dimuktamadkan pada peringkat pusat.

โ€œSentimen akar umbi bercampur-campur. Jadi, kita lakukan kajian terperinci.

โ€œItu akan diputuskan oleh Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh kepimpinan UMNO dan BN pada peringkat pusat,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberikan kuasa kepada Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti, bagi menghadapi PRN berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.

- Bernama

jarang-jarang tengok wak zahid tersenyum riang

Bila PKR pun nak bekerjasama dengan wak zahid.
 
Back
Top
Log in Register