BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Oktober atau November 2026

PRN Melaka Perlu Formula Sesuai Dengan Geopolitiknya - Ahmad Zahid​

37a134c554b2b6206ee08702ae1a272a6a882841bfefc

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) memerlukan formula yang bersesuaian dengan geopolitik Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu tidak lama lagi, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata formula itu, tidak semestinya mengikut acuan sama PRN Johor dan Negeri Sembilan, yang membawa kemenangan besar kepada BN.

Ahmad Zahid berkata sebarang rundingan yang dilakukan mesti mengambil kira dua aspek iaitu manfaat dan mudarat.

“Kita harus memastikan manfaat yang diperoleh lebih besar daripada mudarat yang mungkin timbul. Sebarang perundingan yang akan dilakukan dengan mana-mana pihak atau gabungan, mesti melihat aspek-aspek itu.

“Kita harus jujur, ikhlas dan memegang janji yang kita sebut, bukan melakukan perkara yang sebaliknya apabila sebarang perjanjian itu telah dipersetujui bersama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Amal Konvoi Charity Ride Kontinjen Negeri Sembilan bersama dengan Ipoh Super Bike Club (ISBC) bersempena dengan Sambutan Hari Polis ke-219 dan Ambang Merdeka ke-69.

Ahmad Zahid berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang juga Pengerusi BN Melaka untuk mengadakan rundingan sebelum hasilnya dibawa ke peringkat nasional untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

Beliau berkata kerjasama politik peringkat negeri juga perlu dilihat dalam konteks usaha memperkukuh kestabilan politik peringkat nasional.

Ahmad Zahid berkata pada peringkat nasional, kerjasama antara parti bukan sahaja dizahirkan menerusi mesyuarat Kabinet, malah turut diperkukuh melalui koordinasi antara kementerian serta pendekatan whole of government, bagi memastikan kepentingan negara dan kestabilan politik terus terpelihara.

Mandat Kerajaan Negeri Melaka akan tamat pada 31 Dis.

 

BN bukan ‘kingmaker’, penganalisis kata PN lebih potensi jadi penentu di Melaka​

676242ae-2_crowd_perikatan_nasional_barisan_pn_bn_jempol_moganraj_fmt_18072026-copy-2.jpg

Penganalisis berkata jika BN benar-benar yakin mampu menang sendiri, ia tidak perlu bergantung kepada rundingan kerjasama.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, jika BN benar-benar yakin mampu menang sendiri, ia tidak perlu bergantung kepada rundingan kerjasama.

“BN mahu dilihat sebagai kingmaker, tetapi tindakan berunding menunjukkan mereka sendiri sedang mengukur kekuatan.

“Kingmaker yang benar-benar kuat biasanya pihak lain datang mencari mereka. Jika BN perlu mencari rakan untuk memastikan kemenangan, kedudukannya lebih kepada rakan yang diperlukan dalam rundingan,” katanya dari Global Asia Consulting kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN, Zahid Hamidi, gabungan itu akan menilai manfaat dan mudarat sebelum memutuskan sebarang kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka.

Zahid berkata, rundingan akan mengambil kira keadaan politik negeri itu sebelum dibawa ke peringkat nasional untuk dimuktamadkan.

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, yang juga pengerusi BN dan Umno negeri, diberi mandat mengadakan rundingan berhubung bentuk kerjasama.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keputusan BN mencari rakan menunjukkan ia mungkin tidak cukup yakin untuk bergerak sendirian.

“Saya tidak melihat BN sebagai kingmaker. Kedudukan BN di Melaka tidak begitu menentu berdasarkan perbezaan corak undi pada 2021 dan 2022,” katanya.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) mempunyai kelebihan kerana mampu menarik sokongan pengundi Melayu dan berpotensi menjejaskan peluang BN.

Syaza berkata, kerjasama BN-PN juga lebih berkemungkinan berbanding BN-Pakatan Harapan (PH), memandangkan PH dilihat mempunyai kedudukan tawar-menawar lebih lemah.

Namun, BN perlu mengelak daripada terlalu yakin sehingga gagal mencapai persetujuan dengan mana-mana parti.

“Jika tiada parti mahu bekerjasama, kita mungkin melihat pertandingan tiga penjuru yang akhirnya tidak memihak kepada BN,” katanya.
 

Bersama sasar lonjakan sokongan 15% di Melaka​

427bcdfe-rafizi-ramli-presiden-bersama-ceramah-prn-johor-3.jpg

Rafizi Ramli berkata pihaknya menerima kira-kira 300 permohonan daripada individu berminat menjadi calon Bersama di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sasaran itu disifatkan Rafizi sebagai langkah penting sebelum parti melonjakkan kedudukannya menghampiri 20% di peringkat nasional menjelang PRU16.

Rafizi berkata, ia mampu dicapai menerusi strategi penjenamaan semula politik yang berteraskan kecekapan digital, khidmat akar umbi kukuh, serta struktur parti tanpa ‘hierarki komando tradisional’.

Katanya, momentum peningkatan sokongan daripada 3% hingga 6% pada PRN Johor sebelum ini membuktikan parti baharu itu berkeupayaan menjadi ‘hyperscaler’ dalam lanskap politik tanah air.

“Sekiranya kita dapat melepasi paras 15% di Melaka dan menghampiri 20% di peringkat nasional, Bersama secara automatik akan menjadi kuasa penentu yang setaraf dengan gabungan besar seperti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Perikatan Nasional (PN).

“Pengundi atas pagar yang membentuk lebih 30% pemilih akan melihat kita sebagai alternatif utama apabila mereka muak dengan kompromi politik dan pertukaran pakatan di peringkat atas,” katanya ketika berucap dalam Majlis Malam Merdeka 2026.

Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata pihaknya menerima kira-kira 300 permohonan daripada individu berminat menjadi calon Bersama di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, proses saringan kini berjalan mengikut garis panduan dalaman yang ketat sebelum senarai rasmi diumumkan lebih awal daripada kebiasaan.

“Memang kita kena tengok satu-satu dan selepas kita senarai pendek, kita akan temu duga dan dari situ kita baru boleh ‘matching’ sebaiknya,” katanya.

Minggu lalu, Rafizi dilaporkan mengumumkan 15 calon bagi menghadapi PRN Melaka.
 

Umno kaji sentimen akar umbi sebelum tentu kerjasama PRN Melaka, kata Zahid​

1f021df3-8ae1-4ec2-a2bb-4c863dc04b2a-Zahid-Hamidi-dalam-Ekspo-Pelancongan-FMT-230826.jpg

Presiden Umno Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri dalam Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Sedunia 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Presiden Umno berkata, sentimen di peringkat akar umbi ketika ini masih bercampur-campur, justeru parti perlu meneliti pandangan ahli dan penyokongnya sebelum membuat keputusan.

“Sentimen akar umbi bercampur-campur. Jadi kita lakukan kajian terperinci.

“Jangan masuk ke lubuk di mana keli tidak boleh hidup atau ikan sepat tinggal tulang,” katanya selepas menghadiri Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Sedunia (Witex) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sentimen akar umbi selepas Umno mempertimbangkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Dalam perkembangan lain, Zahid mengesahkan Umno akan menghantar wakilnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 selepas menerima jemputan daripada parti itu.

“Kita pasti akan menghantar wakil ke muktamar berkenaan,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya sudah membuat jemputan kepada Zahid dan tiga lagi pimpinan parti itu pada Rabu lalu, untuk menghadiri muktamar bulan depan.

Muktamar Tahunan PAS Ke-72 dijadual berlangsung di Kelantan pada 4 Sept dengan majlis perasmian akan disempurnakan Presiden Hadi Awang.
 

BN Buat Kajian Terperinci Sebelum Putuskan Kerjasama Bagi PRN Melaka - Ahmad Zahid​

23a0736de6fcac3de55590c129e478c26a8a86fa60cfc

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas merasmikan Sidang Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sempena Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibuat oleh kepimpinan BN Melaka dan dimuktamadkan pada peringkat pusat.

“Sentimen akar umbi bercampur-campur. Jadi, kita lakukan kajian terperinci.

“Itu akan diputuskan oleh Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh kepimpinan UMNO dan BN pada peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberikan kuasa kepada Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti, bagi menghadapi PRN berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.

 

Bina Kekuatan Parti, Jangan Leka Dengan Kejayaan Kecil - Wee​

d0e1a1b076fb4c98835eb19ff76d698f6714e3997d085

Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong

Kepimpinan dan ahli MCA diingatkan supaya tidak cepat berpuas hati atau terlalu ghairah dengan 'kejayaan kecil' yang dicapai parti itu setakat ini.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kepimpinan parti di semua peringkat perlu mempamerkan iltizam tinggi dengan menawarkan perkhidmatan cemerlang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kekuatan yang dimiliki sesebuah parti secara langsung memberi nilai tambah dan kelebihan dalam percaturan politik serta rundingan gabungan pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Bengkel Latihan Pilihan Raya MCA di MH Hotel, di sini hari ini.

Bengkel disertai lebih 200 pemimpin  di peringkat bahagian itu dirasmikan Menteri Besar yang merupakan Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Mengenai persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Wee berkata sebarang perbincangan khusus berhubung pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) hanya akan dimuktamadkan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Penggal DUN Melaka ke-15 akan berakhir pada Disember ini, sekali gus membuka laluan kepada PRN.

 

BN kaji, belum putuskan kerjasama PRN Melaka​

9f8e152c1c6444859254f9739c926281.png

d819fb4e0129445df607023ada763d49.jpg

9aead12c690231e0c5373afbe7f4e972.jpg


Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibuat oleh kepimpinan BN Melaka dan dimuktamadkan pada peringkat pusat.

“Sentimen akar umbi bercampur-campur. Jadi, kita lakukan kajian terperinci.

“Itu akan diputuskan oleh Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh kepimpinan UMNO dan BN pada peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberikan kuasa kepada Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti, bagi menghadapi PRN berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.

- Bernama

 

Samsuri beri bayangan PRN Melaka kurang 2 bulan lagi​

44dbccd1-526d-4df0-bac2-682fc63c8bd3-PENGERUSI-PN-AHMAD-SAMSURI-MOKHTAR-MANIFESTO-PN-PRN-NEGER...jpg

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar mahu petugas pilihan raya PN di Melaka memulakan persiapan serta-merta.

Samsuri meminta petugas pilihan raya PN di Melaka memulakan persiapan serta-merta dan menggunakan sepenuhnya tempoh yang masih berbaki.

“Tempoh yang ada ini yang tinggal sebelum dibubarkan DUN Melaka, saya kira tidak lebih daripada dua bulan sehingga tarikh pilihan raya,” katanya dalam ucapan sempena majlis kutipan dana PAS Melaka malam tadi, disiarkan secara langsung di Facebook.

Samsuri berkata jentera pilihan raya perlu bergerak berdasarkan andaian bahawa mereka mempunyai tempoh maksimum 60 hari.

“Ada sebab kenapa saya sebut dua bulan, tapi saya tak nak jelaskan di sinilah,” katanya.

Beliau berkata kempen yang berdisiplin boleh mengubah keadaan politik di Melaka, termasuk di kawasan yang dianggap sukar dimenangi oleh PN.

Samsuri turut meminta PAS dan PN menampilkan diri kepada pengundi sebagai kerajaan menanti.

“PAS bersama dengan rakan-rakan dalam muafakat PN mestilah dilihat bersedia untuk memerintah, untuk berada di Seri Negeri, untuk menjadi kerajaan di Melaka ini,” katanya, merujuk kepada pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, Samsuri dilihat membuka ruang kepada kerjasama politik tanpa menamakan mana-mana parti, dan berkata terdapat potensi untuk suatu bentuk kerjasama baharu.

“Untuk sama-sama membawa Melaka ke hadapan dalam suatu bentuk baharu kerjasama yang belum kita tahu penghujungnya lagi,” katanya.

Beliau berkata pelbagai perkara boleh berlaku dalam politik, ketika BN sedang mempertimbangkan kemungkinan kerjasama pilihan raya dengan PN atau Pakatan Harapan menjelang PRN.

Dalam pada itu, Samsuri berkata PN adalah untuk semua pengundi Melaka, dengan menyebut masyarakat Melayu, Cina, India, Portugis serta Baba Nyonya dalam ucapan.

“Kita datang bukan untuk satu kelompok masyarakat sahaja. Kita mahu menjaga seluruh rakyat di Melaka yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan golongan,” katanya.

Beliau berkata perbezaan agama dan budaya tidak seharusnya menimbulkan rasa curiga antara masyarakat, serta berjanji kepentingan semua kelompok akan dilayan secara adil sekiranya PN mentadbir Melaka.

BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada pilihan raya 2021, manakala PH memperoleh lima kerusi dan PN dua.

Penggal semasa DUN Melaka berakhir pada 30 Dis, kecuali dibubarkan lebih awal, menurut laporan. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.
 

PRN Melaka: PAS sedang nilai kekuatan Umno untuk pertimbang kerjasama​

a6f2bce2-c354-4fa3-afef-c9fd2d685f95-hadi-awang-bernama-210826-resize.jpg

Presiden PAS Hadi Awang meminta anggota PAS supaya tidak bimbang mengenai rundingan pembahagian kerusi bagi PRN Melaka. (Gambar Bernama)

Beliau berkata PAS mengambil pendekatan berbeza dengan PRN terdahulu bergantung kepada kekuatan parti-parti yang terlibat.

“Bagi Melaka, saya tidak tahu sama ada Umno kuat atau tidak. Kita akan bincangkan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Amal PAS Melaka malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu meminta anggota PAS supaya tidak bimbang mengenai rundingan pembahagian kerusi, sebaliknya patuh kepada keputusan parti.

“Keputusan dibuat berdasarkan perbincangan yang diadakan pimpinan parti. Apabila keputusan sudah dibuat, kita laksanakan.”

Beliau memberi contoh PRN Johor, apabila PAS membantu Umno dan parti BN lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN). BN akhirnya mengekalkan pentadbiran negeri itu dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi yang ditandinginya.

“Kita arahkan anggota di Johor supaya mengundi PAS di kerusi yang kita tandingi, tetapi mengundi (komponen BN) Umno, MCA atau MIC di kerusi yang tidak ditandingi PAS,” katanya.

Beliau menyamakan pengaturan itu dengan perlawanan bola sepak, dengan PAS bertindak sebagai penjaga gol yang membenarkan Umno ‘menjaringkan gol’.

“Akhirnya, Umno menang manakala kita tidak menjaringkan sebarang gol. Tetapi tidak mengapa,” katanya.

PN tewas dalam kesemua 33 kerusi yang ditandinginya di Johor.
 
Back
Top
Log in Register