BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Oktober atau November 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dijangka berlangsung menjelang akhir tahun 2026, dengan jangkaan awal seawal September atau Oktober berikutan tamatnya tempoh rasmi penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 27 Disember 2026.

Status dan Garis Masa Semasa
    • Pembubaran DUN: Tempoh penggal DUN sekarang dijadualkan berakhir secara rasmi pada 27 Disember 2026, manakala pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.
    • Jangkaan Tarikh: Pimpinan negeri dan parti membayangkan ia mungkin diadakan sekitar September atau Oktober 2026.
    • Persiapan Parti: Perbincangan awal dan rundingan kerusi antara gabungan politik utama seperti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dilaporkan sudah mula digerakkan bagi menghadapi persaingan.
Untuk butiran rasmi mengenai daftar pemilih dan persiapan pengundian, anda boleh merujuk kepada portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka.
 

MIC Kekal Pendirian Pertahan Satu Kerusi Pada PRN Melaka - Saravanan​

e9033165436424ee23f22a76aa03798c6a81533e285de

Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan (dua, kiri) beramah mesra bersama para penerima ketika menghadiri Program Serahan Komputer Riba kepada Mahasiswa Parlimen Tapah 2026 hari ini.

MIC setakat ini kekal dengan pendirian untuk mempertahankan satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata kemungkinan menambah kerusi yang akan ditandingi parti itu masih dalam pertimbangan dengan kesesuaian kawasan, kekuatan calon dan peluang kemenangan antara faktor yang dinilai.

“Sebarang keputusan berkaitan pertambahan kerusi pada PRN Melaka masih belum dimuktamadkan kerana perkara itu masih dalam pertimbangan kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas Program Serahan Komputer Riba Mahasiswa Parlimen Tapah 2026 di sini hari ini.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran kini menilai calon yang berpotensi untuk bertanding dengan keputusan dijangka dalam masa terdekat.

Beliau berkata MIC turut memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya termasuk mengenal pasti pengundi dan isu semasa yang perlu diberi perhatian.

Pada PRN Melaka 2021, MIC yang bertanding di bawah Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerusi VP Shanmugam dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti 559 undi.

 

Kerusi marginal dijangka jadi modal rundingan pertukaran kerusi di Melaka​

36ce2519-bandar-melaka-resize-fbpic-081024.jpg

Melaka mungkin menjadi medan pertempuran seterusnya, namun kerjasama antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional masih belum pasti. (Gambar Facebook)

Dalam keadaan sedemikian, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, berkata BN mempunyai kelebihan kerana sudah menguasai lebih banyak kerusi serta memiliki jentera akar umbi yang lebih kukuh, namun PN mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat manfaat.

Untuk rekod, BN mengumumkan kesediaannya untuk meneruskan kerjasama dengan PN menjelang PRN Melaka, namun pakatan antara kedua-dua pihak masih belum diputuskan.

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata gabungan itu masih terbuka untuk berunding dengan kumpulan politik lain, termasuk Pakatan Harapan (PH), bagi membentuk kerjasama di Melaka.

Katanya, perjanjian itu boleh merangkumi pertukaran kerusi antara parti.

Hisommudin memberitahu FMT, peluang PN untuk memperoleh semua tuntutannya dalam rundingan dengan BN adalah tipis.

“BN tidak mahu melepaskan kerusi yang secara tradisinya mendapat sokongan lebih kukuh, khususnya kawasan yang dianggap sebagai kerusi selamat,” katanya.

Hisommudin berkata, walaupun BN dijangka tetap berkeras untuk mendapatkan 21 kerusi, parti itu mungkin bersetuju melepaskan beberapa kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2021 sebagai pertukaran dengan kerusi yang dimenangi PN dengan majoriti yang sama kecil.

Sebagai contoh, katanya, BN boleh melepaskan kerusi Serkam, yang dimenangi Umno dengan majoriti hanya 79 undi pada 2021.

Sebagai balasan, katanya, BN boleh meminta PN menyerahkan sama ada kerusi Bemban atau Sungai Udang. PN memenangi kedua-dua kerusi itu dengan majoriti lebih besar, masing-masing 530 undi dan 328 undi, pada pilihan raya negeri lalu.

Pertandingan terbuka

Ketika tiada pakatan rasmi sebelum ini, ketiga-tiga gabungan — BN, PN dan PH — masing-masing meletakkan calon di kesemua 28 kawasan pada pilihan raya 2021.

BN memenangi 21 kerusi sekali gus memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, Adun Rembia Jailani Khamis kemudiannya meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.

Kerusi itu tidak diisytiharkan kosong bagi mengadakan PRK kerana undang-undang anti-lompat parti masih belum berkuat kuasa ketika itu.

Pertembungan tiga penjuru menyebabkan banyak kerusi menyaksikan persaingan sengit, khususnya di kawasan majoriti Melayu. Banyak kerusi akhirnya dimenangi dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi.

Antaranya ialah Pengkalan Batu (majoriti 131 undi), Duyong (200), Tanjung Bidara (364), Gadek (559), Durian Tunggal (559), Paya Rumput (629), Pantai Kundor (827) dan Rembia (860).

Kerusi PH yang berpotensi menang

Hisommudin menjangkakan BN dan PN akan bersikap pragmatik dalam rundingan mereka dengan mengambil kira faktor yang boleh memastikan kemenangan, termasuk kekuatan calon, jentera tempatan serta rekod prestasi parti di sesuatu kawasan.

“Pada akhirnya, pertimbangan utama ialah siapa yang mempunyai peluang terbaik untuk memenangi sesuatu kerusi,” katanya.

Dengan mengambil kira faktor berkenaan, BN mungkin memberi laluan kepada PAS di Bukit Katil, kerusi yang disandang Naib Presiden Amanah dan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sejak 2018.

Adly mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1,057 undi dalam pertandingan tiga penjuru pada PRN 2021. Beliau menewaskan pencabar terdekatnya daripada BN dengan majoriti tersebut. Bagaimanapun, calon PN, Muhammad Al Afiz Yahya turut meraih 3,715 undi yang dianggap sebagai jumlah yang agak baik.

PAS pernah memegang kerusi itu dari 2013 hingga 2018, ketika kawasan tersebut dikenali sebagai Bukit Baru.

PN tidak mungkin dapat 14 kerusi

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berpandangan PN berkemungkinan menuntut 14 kerusi berdasarkan tiga kerusi Parlimen di Melaka yang dimenanginya pada PRU 2022, iaitu Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin.

BN tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen di Melaka.

“Masjid Tanah dan Jasin masing-masing mempunyai lima kerusi negeri, manakala Tangga Batu mempunyai empat. Ini berpotensi untuk PN menuntut 14 daripada 28 kerusi,” katanya.

Bagaimanapun, Syaza berkata kebanyakan kerusi negeri di bawah ketiga-tiga kawasan Parlimen berkenaan merupakan kubu tradisi Umno, yang tentunya sukar untuk diserahkan oleh BN.

Justeru, beliau menjangkakan kompromi akan dicapai, bukannya ‘penyusunan semula secara menyeluruh berdasarkan peta kerusi Parlimen 2022’ sekiranya PN mendapat apa yang dihajatinya.

Sementara itu, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali berkata tidak banyak yang boleh ditawarkan PN kepada BN di Melaka, khususnya PAS, yang hanya menguasai kerusi Rembia selepas Jailani berpaling tadah daripada Umno.

“Masalahnya, apa yang boleh PAS tawarkan?” kata Mazlan. “Jika mereka mahu bekerjasama, BN perlu berkorban lebih banyak.”

Pada 2021, Bersatu memenangi kerusi negeri Sungai Udang dan Bemban untuk PN. Adun Bemban Dr Yadzil Yaakub kemudiannya menyertai Wawasan selepas dipecat daripada Bersatu.
 

Lakonan Hollywood, Puad dakwa pemimpim Umno hipokrit​

e9392f04-2_puad_zarkashi_mkt_umno_moganraj_fmt_21042025-copy-13.jpg

Puad Zarkashi mendakwa BN tidak ikhlas mempertahankan laporan RCI Tabung Haji dan kemesraan di Kabinet hanya lakonan Hollywood.

Beliau berkata, kenyataan Ahli MKT Ahmad Maslan kerajaan Madani akan menjadi tidak stabil jika Umno menarik sokongan tidak selari tindakan parti itu menjalin kerjasama politik dengan PN.

“Itulah hipokrasi pemimpin Umno. Kalau mahu kestabilan, kenapa pakat dengan PN di PRN Johor dan Negeri Sembilan? Bukan sedikit, tetapi terlalu banyak serangan terhadap kerajaan pusat berlaku.

“Contohnya, BN tidak ikhlas mempertahankan laporan RCI Tabung Haji dan kemesraan di Kabinet hanya lakonan Hollywood,” sindirnya di Facebook.

Semalam, Ahmad yang juga timbalan menteri kerja raya berkata sokongan Umno terhadap kerajaan perpaduan akan dikekalkan sehingga akhir penggal bagi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran negara tidak tergugat.

Katannya, tindakan Umno menarik diri daripada kerajaan berpotensi mencetuskan ketidakstabilan jika diikuti parti lain, khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, ketika ini Umno mempunyai kira-kira 30 kerusi Parlimen dan meskipun kerajaan masih mempunyai majoriti jika parti itu keluar, keadaan boleh berubah sekiranya terdapat wakil rakyat atau parti lain turut mengambil langkah sama.

Sementara itu, Puad mendakwa BN akan terus mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kerajaan perpaduan pada PRN Melaka sebelum PRU16.

“BN akan terus menikam belakang di PRN Melaka sebelum PRU16. Satu sebab mereka tidak mahu ‘pull the plug’ kerana tanpa kuasa, sukar melakukan tikaman belakang yang efektif.

“Lagipun, Ahmad Maslan sedar beberapa pemimpin Umno adalah ‘vulnerable’ kepada tindakan mahkamah. Kerajaan pusat adalah imuniti untuk berlindung,” dakwanya.
 
𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗡𝟭𝟭 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚: 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡

Bermula hari ini, saya akan perkenalkan calon-calon Kancil di Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung sebulan dua ini.

Mohd Ridzuan Abdul Rahman adalah anak jati Sungai Udang, Melaka. Anak tentera yang membesar sekitar kem tentera, bersekolah di Sekolah Rendah Kem Terendak dan Sekolah Menengah Kem Terendak.

Saudara Ridzuan merupakan seorang bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia berpangkat Assistant Superintendent (ASP) yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) di bawah Bahagian Siasatan Jenayah bagi kawasan Gombak dan Ampang, sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2006 untuk memberi tumpuan kepada bidang Keselamatan Korporat.

Kini pada usia 47 tahun, Saudara Ridzuan telah memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Keselamatan Korporat.

Beliau bertugas sebagai Pengurus Besar Keselamatan Kumpulan, untuk Malaysian Aviation Group (MAG) dan telah menguruskan operasi keselamatan di Malaysia Airlines (MAB), Firefly, MAB Kargo, Malaysia Airlines Academy (MABA), Aerodarat Services dan syarikat-syarikat lain di bawah Malaysian Aviation Group.

Sebelum MAG, beliau memegang jawatan di peringkat pengurusan dengan syarikat-syarikat ternama dunia, termasuklah di Shell, Northport, Carrefour dan Tesco.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media dan Komunikasi dari Universiti Malaya, memperolehi Master dalam bidang Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dari Universiti Teknologi Malaysia.

Kini beliau sedang meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Strategik di Universiti Malaya.

Jumpa saya dan Saudara Ridzuan di ceramah Trak Kancil hari Ahad, 23 Ogos ini jam 9 malam di hadapan Masjid Tun Ghaffar Baba, Sungai Udang.
 

Dasar Satu China bermula sejak era Abdul Razak, kata Anwar​

5601a581-anwar-ibrahim-program-rakan-muda-3.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menghormati pendirian China berhubung Taiwan dan percaya pendekatan secara aman merupakan jalan terbaik.

Anwar berkata Malaysia menghormati pendirian China berhubung Taiwan dan percaya pendekatan secara aman merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Dasar Satu China bermula sejak Tun Abdul Razak. Pada pandangan saya, dasar itu masih kekal. Kita mengamalkannya dan sudah tentu kita mahukan penyelesaian secara aman,” katanya kepada pemberita hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai ketidakpuasan hati Taiwan terhadap kenyataannya berhubung isu itu dalam wawancara terbaharu bersama Al Jazeera.

Perdana menteri dilaporkan berkata beliau melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China, sambil menambah: “Ia adalah satu China. Ia diterima oleh semua pihak.”

Kenyataan itu mendapat pujian Beijing tetapi dikecam Taiwan, yang memberi amaran bahawa ‘sokongan berat sebelah’ Anwar terhadap China boleh menjejaskan keyakinan syarikat Taiwan yang melabur di Malaysia.

Anwar menegaskan semula bahawa pendiriannya selaras dengan dasar Malaysia yang telah lama diamalkan, namun berkata cara kenyataannya disampaikan oleh Al Jazeera mungkin mencetuskan reaksi negatif.

Amirudin, Saifuddin ketuai rundingan kerjasama PRN Melaka

Ditanya mengenai kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa yang diketuai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Amirudin Shari dan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.

“Itu untuk dibincangkan oleh jawatankuasa. Kita ada Amirudin dan Saifuddin untuk menguruskannya,” katanya.

Pengerusi BN Zahid Hamidi sebelum ini berkata kerjasama gabungannya dengan Perikatan Nasional (PN) untuk PRN Negeri Sembilan akan diteruskan dalam PRN Melaka.

Bagaimanapun, BN dilihat masih membuka ruang untuk bekerjasama dengan PH, dengan rundingan rasmi bersama PN masih belum bermula.
 

PRN Melaka: Hala Tuju UMNO Dibincang Pada Mesyuarat MT 28 Ogos Ini​

e492cb94af606b6d9540bf82100e2e846a86c3244f20c

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan (kiri) menjawab pertanyaan media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Alor Gajah hari ini.

Hala tuju politik UMNO termasuk kerjasama yang akan dibentuk dengan parti lain atau memilih bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 28 Ogos ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan turut membincangkan strategi terbaik bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRN berkenaan.

"Setakat maklumat yang saya ada, belum ada keputusan muktamad mengenai hala tuju politik BN atau UMNO di Melaka, termasuk membentuk kerjasama dengan mana-mana parti.

"Yang ada perbincangan dalam media dan kenyataan beberapa individu termasuk pemimpin UMNO di Melaka berhubung kerjasama dengan parti politik BN-PH (Pakatan Harapan) dan BN-PN (Perikatan Nasional)," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Kementerian Pelanggan Bilangan 3 Tahun 2026 di Seri Negeri di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut meminta semua pihak akur dengan setiap keputusan yang diambil parti berkaitan PRN Melaka memandangkan pendekatan politik yang digunakan BN perlu mengambil kira situasi serta kesesuaiannya di setiap negeri.

Mandat Kerajaan Negeri Melaka akan tamat pada 31 Dis ini.

PRN Melaka ke-15 menyaksikan BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, diikuti PH lima kerusi manakala PN dengan dua kerusi.

Bagaimanapun, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang dilantik turut meliputi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH, sekali gus menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan seperti mana yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

 

Umno bincang kerjasama PRN Melaka minggu depan​

6d14455e-ahmad-maslan-bernamapic-210726.jpg

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan berkata mesyuarat turut membincangkan strategi terbaik bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRN Melaka. (Gambar Bernama)

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden Umno Zahid Hamidi itu akan turut membincangkan strategi terbaik bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRN berkenaan.

“Setakat maklumat yang saya ada, belum ada keputusan muktamad mengenai hala tuju politik BN atau Umno di Melaka, termasuk membentuk kerjasama dengan mana-mana parti.

“Yang ada perbincangan dalam media dan kenyataan beberapa individu termasuk pemimpin Umno di Melaka berhubung kerjasama dengan parti politik BN-PH (Pakatan Harapan) dan BN-PN (Perikatan Nasional),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Kementerian Pelanggan Bilangan 3 Tahun 2026 di Seri Negeri.

Ahmad yang juga timbalan menteri kerja raya turut meminta semua pihak akur dengan setiap keputusan yang diambil parti berkaitan PRN Melaka memandangkan pendekatan politik yang digunakan BN perlu mengambil kira situasi serta kesesuaiannya di setiap negeri.

Penggal kerajaan Melaka akan tamat pada 31 Dis ini.

PRN Melaka ke-15 menyaksikan BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, diikuti PH lima kerusi manakala PN dengan dua kerusi.

Bagaimanapun, barisan exco negeri yang dilantik turut meliputi Adun PH, sekali gus menggambarkan komposisi kerajaan perpaduan seperti mana yang dilaksanakan di peringkat persekutuan.
 

Hadi dakwa BN berbelah bahagi soal kerjasama dengan PN di PRN Melaka​

78e9bd61-fb91-42f9-ab16-c1f119e338aa-bn-pn-leaders-celebrating-negeri-sembilan-030826.jpg

Zahid Hamidi sebelum ini berkata BN akan meneruskan kerjasama dengan PN pada PRN Melaka selepas kemenangan mereka di Negeri Sembilan pada 1 Ogos.

Bagaimanapun, beliau yakin kedua-dua gabungan itu mampu mencapai persetujuan, dengan mendakwa majoriti akar umbi BN menyokong kerjasama bersama PN, lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Marang itu turut berkata rundingan di Melaka dijangka lebih mudah berbanding perbincangan menjelang PRN Johor pada 11 Julai, berdasarkan keadaan politik semasa dan maklum balas positif daripada akar umbi.

“Insya-Allah boleh. Kalau Johor lebih rumit, Melaka lebih mudah,” katanya.

Walaupun rundingan rasmi antara BN dan PN belum bermula, Hadi berkata wakil kedua-dua gabungan sudah mengadakan perbincangan.

“Kita sedang berbincang. BN berpecah pandangan tetapi saya percaya majoriti mereka bersetuju (bekerjasama) dengan PN.

“Malah, Ketua Pemuda Umno (Dr Akmal Saleh) dan akar umbi juga bersetuju,” katanya.

Pengerusi BN Zahid Hamidi pada awalnya berkata gabungan diterajui Umno itu akan meneruskan kerjasama dengan PN pada PRN Melaka susulan kemenangan mereka dalam pilihan raya Negeri Sembilan pada 1 Ogos.

Bagaimanapun, BN menegaskan mahu mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021, sebelum menyatakan kesediaan mengadakan perbincangan dengan mana-mana gabungan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pula berkata sebuah jawatankuasa diketuai pengarah pilihan raya Amirudin Shari bersama Saifuddin Nasution Ismail sedang mengendalikan rundingan dengan BN.
 

PRN Melaka: BN timbang manfaat, mudarat sebelum putus kerjasama, kata Zahid​

478ee5f7-5068-4319-bbab-bc229ffef6cb-penyokong-bn-bendera-bn-fmt-resize-210826-1-1.jpg

BN Melaka juga mempertimbangkan untuk bertanding solo dalam misi mempertahankan 21 daripada 28 kerusi dimenangi pada PRN 2021.

Zahid berkata rundingan bagi menentukan formula kerjasama akan mengambil kira keadaan dan kesesuaian politik di Melaka sebelum hasilnya dibawa ke peringkat nasional untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

Beliau berkata Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi BN dan Umno negeri, Ab Rauf Yusoh, telah diberi mandat untuk mengadakan rundingan mengenai bentuk kerjasama bagi menghadapi PRN itu.

“Pada hemat saya, sebarang perundingan yang akan dilakukan mesti melihat dua aspek iaitu manfaat dan mudarat. Kita harus melihat manfaat yang lebih daripada mudarat.

“Sebarang perundingan yang akan dilakukan dengan mana-mana pihak atau mana-mana gabungan, ia mesti melihat aspek-aspek itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Program Amal Konvoi Charity Ride Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Super Bike Club sempena Hari Polis ke-219 dan Ambang Merdeka ke-69 di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri turut menegaskan sebarang kerjasama perlu berasaskan kejujuran dan keikhlasan, selain kesediaan semua pihak mematuhi janji yang dipersetujui.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan rundingan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi PRN Melaka.

Pada masa sama, wujud juga kemungkinan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) yang menjalinkan persefahaman pada PRN Negeri Sembilan, awal bulan ini.

BN Melaka juga mempertimbangkan untuk bertanding solo dalam misi mempertahankan 21 daripada 28 kerusi dimenangi pada PRN 2021.

Mengulas hubungan BN dan PH selepas kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan, Zahid berkata kerjasama kedua-dua gabungan di peringkat nasional kekal baik.

Katanya, kerjasama itu bukan sahaja berlangsung dalam mesyuarat Jemaah Menteri, malah melibatkan penyelarasan antara kementerian menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan.

“Ini dilakukan untuk menyelesaikan masalah demi kepentingan negara dan kestabilan politik,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register