BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Oktober atau November 2026

Jangan tunggu lama-lama adakan PRN Melaka, Tok Mat beritahu Rauf​

ff2950ec-a97b-40f0-94fe-a117c6dc985a-Mohamad-Hasan-tok-mat-mad-FMT-090926.jpg

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sudah bersedia untuk membantu kempen Barisan Nasional dalam PRN Melaka.

Mohamad berkata sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sudah bersedia membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu.

“Melaka akan adakan pilihan raya negeri pada bila-bila masa. Terpulang kepada Rauf (untuk membubarkan DUN).

“Jangan tunggu lama-lama… Rauf, kami sudah bersedia. Kami akan datang membantu Umno Melaka,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2026.

Mohamad, yang juga timbalan pengerusi BN, turut menasihatkan Rauf supaya mengelakkan perselisihan dengan parti lain sekiranya rundingan tidak menghasilkan pakatan pilihan raya bagi PRN Melaka.

“Semoga Umno dan BN terus mengekalkan momentum kejayaan dalam pilihan raya di peringkat negeri, dan membawa semangat biru ini ke pilihan raya umum ke-16,” katanya.
 

BN Plus Formula Hadapi PRN Melaka - Ab Rauf​

be4bd23566b67028f84425ae732154b56aa3e9da5da39

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beramah mesra dengan pengamal media sempena kunjungannya ke Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Barisan Nasional (BN) akan menggunakan formula kerjasama BN Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, dengan rakyat turut diberi ruang memilih rakan strategik terbaik untuk membentuk kerajaan negeri.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bagaimanapun, setakat ini BN belum mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak bagi menghadapi PRN Melaka ke-16.

“Saya menegaskan bahawa perundingan dengan mana-mana parti politik yang berminat untuk berada di pentas demokrasi Melaka hanya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada pemberita ketika melawat Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai pembubaran DUN Melaka, beliau berkata perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Bila tiba waktunya nanti, saya akan beritahu tetapi yang pasti, waktunya tidak berapa panjang dan tidak berapa pendek,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf mengulangi pendirian BN untuk mempertahankan kesemua 21 daripada 28 kerusi DUN yang dimenangi pada PRN sebelum ini.

“Kita tak boleh berkompromi untuk 21 kerusi ini dikongsi dengan orang lain... yang tujuh itu, parti-parti yang menang, bertandinglah... dia pertahankan kerusi dia, kita pertahankan kerusi yang kita menang,” katanya.

Pada PRN Melaka ke-15, BN membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.

Mandat Kerajaan Negeri Melaka akan berakhir pada 31 Dis ini.

 

Tiada Rundingan Rasmi Dengan BN Bukan Halangan PH Hadapi PRN Melaka​

0d6dde5f2f7ba4a97eebafe643e781856aa4f376cc986

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abdul Halim berucap apda Perasmian Majlis Penutup Kampung Angkat MADANI di Dewan Terbuka Arena Ara Permai, Kampung Sungai Putat, Melaka hari ini - Kredit: Shanika Abdullatib

Ketiadaan rundingan rasmi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) setakat ini tidak menjejaskan kesiapsiagaan PH untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata setiap parti mempunyai hak untuk menentukan bentuk kerjasama yang akan dijalin menjelang pilihan raya, namun PH sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi sebelum ini.

“Memang kena sentiasa bersedia sebab rundingan atau tak rundingan itu pilihan masing-masing. Setiap parti ada hak untuk buat keputusan.

“Kalau kita bersaing di semua kerusi yang ditandingi pun tidak jadi isu kerana kita memang sebelum ini pun macam itu juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kampung Angkat MADANI di Dewan Terbuka Arena Ara Permai, Kampung Sungai Putat di sini hari ini.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata berkata persaingan politik menjelang PRN Melaka bagaimanapun tidak seharusnya menjejaskan hubungan dan keharmonian masyarakat di negeri itu.

Katanya sepanjang lebih tiga tahun pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH telah memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri.

Mengulas pendekatan PH menghadapi PRN berkenaan, Adam Adli berkata parti itu mahu mengetengahkan politik yang lebih disenangi masyarakat dan tidak lagi terikat dengan sentimen lama yang menggambarkan parti tertentu tidak mampu bekerjasama atau mewakili kepentingan masyarakat secara keseluruhan.

Beliau berkata lebih penting dalam persaingan politik itu adalah memastikan rakyat terus mendapat manfaat.

“Terpulang kepada rakyat dalam membuat pilihan dan kita sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya negeri akan datang dengan semangat yang baharu,” katanya.

 

PH sedia tanding solo di PRN Melaka, kata Adam Adli​

d364b37d-adam-adli-deputy-minister-of-youth-and-sports-of-malaysia-fmt-09052025-08.jpg

Pemangku Ketua PKR Melaka Adam Adli berkata Pakatan Harapan bersedia bertanding di semua kerusi yang ditandingi di negeri itu sebelum ini.

Adam berkata ketiadaan rundingan rasmi setakat ini tidak menjejaskan kesiapsiagaan PH dan parti itu bersedia bertanding di semua kerusi yang ditandingi sebelum ini, lapor Bernama.

“Memang kena sentiasa bersedia sebab rundingan atau tak rundingan itu pilihan masing-masing. Setiap parti ada hak untuk buat keputusan.

“Kalau kita bersaing di semua kerusi yang ditandingi pun tidak jadi isu kerana kita memang sebelum ini pun macam itu juga,” katanya yang dipetik sebagai berkata selepas merasmikan Majlis Penutup Kampung Angkat Madani di Melaka.

Adam berkata berkata persaingan politik menjelang PRN Melaka tidak seharusnya menjejaskan hubungan dan keharmonian masyarakat di negeri itu.

Tambahnya, sepanjang lebih tiga tahun pembentukan kerajaan perpaduan di Melaka, Adun PH memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri.

“Terpulang kepada rakyat dalam membuat pilihan dan kita sedia untuk berhadapan PRN akan datang dengan semangat yang baharu,” katanya.

Mandat kerajaan Melaka berakhir pada 31 Disember, selepas itu pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

PH dan Perikatan Nasional sedang berusaha mencapai pakatan dengan BN, yang kini memegang 20 daripada 28 kerusi DUN.

PH dan BN merupakan sekutu di peringkat persekutuan tetapi hubungan mereka merosot selepas BN membentuk pakatan dengan PN dalam PRN Negeri Sembilan, yang menghasilkan kemenangan majoriti dua pertiga.
 

PRN Melaka: PPP Serah Kepada BN Tentukan Kerusi​

4e6c20c0118a4b23758ef4beae52be6c69ff2333365db

Datuk Dr Loga Bala Mohan

Parti Progresif Penduduk (PPP) telah menyampaikan hasrat kepada pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk diberikan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Presiden PPP Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata parti itu tidak menetapkan mana-mana kerusi secara khusus untuk ditandingi pada PRN kali ini, sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan kepada pertimbangan BN berdasarkan kesesuaian kawasan dan perubahan geopolitik semasa.

“PPP pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana pada 2013, namun selepas masalah dalaman parti pada 2018 kita tidak mendapat kerusi. Jadi sekarang kita sedang memohon supaya diberikan kerusi kembali,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan bersama 120 ahli PPP yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Belia dan Ketua Wanita negeri Melaka di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Loga Bala mengumumkan pelantikan Ketua Belia PPP yang juga Ketua PPP Wilayah Persekutuan Sathiah Sudakaran sebagai Pengarah Pilihan Raya PPP Melaka bagi membantu Ketua PPP Melaka Logeswaran Ganesan menyelaras persiapan menghadapi PRN.

Beliau berkata persiapan jentera pilihan raya PPP Melaka kini berada pada tahap lebih 90 peratus dan jentera akan membantu BN di seluruh Melaka sepertimana yang dilakukan parti itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.

Penggal DUN Melaka bakal berakhir pada Disember ini.

 

Pejabat Ketua Menteri Nafi Ab Rauf Tandatangan Dokumen Bubar DUN Melaka​

da1ec778be8def10deb936aa70a9e9d567127fcc204b4

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah menandatangani dokumen pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hari ini.

Ketua Komunikasi Media Pejabat Ketua Menteri Melaka Norhafizah Sati berkata mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp adalah tidak sahih dan meminta masyarakat serta pengamal media supaya tidak mempercayainya.

“(Saya) selaku Ketua Komunikasi Media setakat hari ini tidak dimaklumkan sebarang perjumpaan (antara Ketua Menteri dengan Yang Dipertua Negeri Melaka). Apa-apa kenyataan Pejabat Ketua Menteri akan maklumkan segera.

“Segala yang tular, tidak sahih sama sekali. Mohon sahabat-sahabat media tidak mempercayai sebarang informasi yang tular tanpa pengesahan Pejabat Ketua Menteri Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular satu mesej menerusi aplikasi berkenaan mendakwa Ab Rauf telah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka bersama-sama Mohd Ali pada 10.30 pagi ini di Bilik Tamu, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MITC, Ayer Keroh.

Pada Pilihan Raya Negeri lepas, Barisan Nasional yang dipimpin Ab Rauf membentuk kerajaan negeri selepas menang 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan menang lima kerus dan Perikatan Nasional dengan dua kerusi.

Penggal DUN Melaka akan berakhir Disember ini.

 

Tarikh Bubar DUN Melaka Belum Ditetapkan - Ab Rauf​

817a39efcaac82ba0dfffdf00d45353368104b1194a1f

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada PIlihan Raya Negeri (PRN) masih belum ditetapkan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata beberapa urusan pentadbiran kerajaan negeri perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar sebelum DUN dibubarkan.

“Saya memberikan indikator DUN Melaka akan dibubarkan dari Jumaat ke Jumaat kerana dalam tempoh itu kita masih ada banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan untuk mentadbir urus negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga Emas, Hari Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka 2026 bersempena dengan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara di sini hari ini.

Ab Rauf berkata sebaik sahaja tarikh yang sesuai ditetapkan, perkara itu akan diumumkan kepada media dan rakyat.

Pada Selasa, tular di platform WhatsApp berkaitan dakwaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam telah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka bersama Ab Rauf dalam satu pertemuan di Bilik Tamu, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan mandat kerajaan negeri ketika ini berakhir pada 31 Dis ini.

 
Back
Top
Log in Register