BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pramugari ditiduri hantu raya

anak murid mana yang minta duit tuh...kasi nama jap..nak report kat darussyifa bangi...minta maaflaa tuan tanah..ramai orang pakai petik nama orang tua tuh....sikit sikit anak murid haron din...padahal..student daruussyifa DILARANG MENGAMBIL WANG UPAH..kecuali derma IKHLAS

ok..dapat nama ak pm bro..ape kaitan bro ngan darussyifa ni
 
anak murid die kt pt sulong ke or pokok rmbutan tu kt pt sulong?
ni pt sulong bt pahat johor ke?

:)) pt sulong tu kg atuk aku la..so dorg turun pt sulong bpahat ni 2org..sorg mintak rm500..btol ke xbole mtk upah? ~X(
 
itu dah bersalahan dengan ajaran tuan Guru Harun Din. mengikut peraturan TG harun Din, jangan mengenakan bayaran, kalau diberi saja boleh terima.

aku rasa yg pramugari ni jemput ustaz ni dgn 3 lagi pembantunya, mahu gak ribu ribu kena ni.


inilah masalahnya apabila menjadi perawat sebagai bisnes. kalau doktor tu lain la sbb dorg belajar ilmu dunia. tapi merawat dgn ilmu dan ayat ayat Allah ni nak buat bisnes aku kurang setujulah.

cmni bole complain r..bagus gak
 
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

bersetubuh memang penat ye???#:-S#:-S#:-S#:-S
 
berubat secara islam m'boleh'n pegang kaki bkn muhrim tanpa lapik ker ustaz?

Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.

Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
 
Pramugari ditiduri hantu raya

Oleh SYALMIZI HAMID
[email protected]

ru_02.1.jpg

TINGKAP di bilik utama dipercayai menjadi laluan masuk hantu raya ke dalam rumah Keena.



CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

ru_02.2.jpg

SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

ru_02.3.jpg

KEENA bukan sahaja menderita disihir bahkan rumahnya diganggu hantu raya.



Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.


ru_02.4.jpg

SHAMSURI membaca ayat rukyah ketika proses menghalau makhluk halus itu



Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.



Sumber

#:-Smenakutkan la plak..
 
Salam,

benda macam nie banyak kali saya jumpa. Saya sebenarnya sedih dengan fahaman kebanyakkan dari forumer kat sini. Bab jin semua nak kene dikecualikan. Kalau khalifah (anda-anda semua) takut kan jin, hantu raya dan makhluk halus nie, anda dah mensyirikan Allah secara tak sengajanya.

Kenapa nak biarkan jin semacam ini berleluasa macam nie? Setakat itu sahaja kat ilmu yang Allah turunkan kepda manusia yang bergelar khalifah? halau?

Dah ada hadis memerintahkan bunuh jin tahap syaitan nie. Dalam kes pramugari ini, ini adalah jin tahap syaitan. Layaknya dibunuh sahaja. Tak ada jalan lain yang tinggal untuk kejahatan jin syaitan macam nie.

Janganlah takutkan jin, takutkan Allah semata-mata sahajalah tuan-tuan forumer sekelian. Kalau takutkan syaitan nie, maknanya iman kita masih belum sempurna dan lengkap.

carilah jalan untuk takutkan Allah semata-mata, tiada yang lain. Takde ngeri pun kes macam nie. Dah berderet-deret saya jumpa. Allah dah ingatkan kita untuk takut dan tunduk padaNya sahaja. Bukan takut kena rogol dgn jin. Kalau perempuan tu anak kita, isteri kita ataupun adik beradik kita...bagaimana??

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

wallahu aklam..

diharap kalau saudara ada ilmu2 berkaitan dng jin ni boleh la kongsi sama2 disini, sebab ramai yg tak tahu sebenarnya.
sekurang2nya kalau ada masalah berkaitan nanti boleh la dipraktikkan tanpa mengharapkan org lain atau ustaz yang belum tentu ke"ustaz"annya :D
 
heh. pramugari. tak pernah lagi jumpe pramugari bertudung. perangai elok. SEMBAHYANG. memang la jin suka.
 
cmni bole complain r..bagus gak

nak buat mcm mana. bukan nak tuduh tapi rata rata mcm tu. yang sedihnya TG HArun Din yg dipersalahkan.

satu lagi nick ringgitdinar ni, kata Harun din pakai jin. :eek::eek::eek:

dia nak promote guru dia punya ajaran songsang, guru mail kacip.
 
Back
Top
Log in Register