BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HANTU RAYA DI HARI RAYA (Tamat)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1743672223058.jpeg


HANTU RAYA DI HARI RAYA

Kredit/Karya asal: Andy Sulaiman



BAHAGIAN 1


Balik dari kerja, sampai rumah aku tengok mak dan ayah aku tak ada. Pergi beraya lah tu agaknya.

Aku pulak masa tu henfon bateri dah kong. Biasa mak aku call bagitau dia ke mana, ke mana kalau aku belum balik rumah, dia nak keluar.

Memang macam ni lah tiap-tiap tahun. Selagi tak habis Syawal, seboleh-boleh dia akan pergi beraya rumah sahabat handai dia. Rumah saudara mara tak payah cerita lah. 3 hari raya dah settle semua. Yang dekat-dekat lah. Yang jauh tak pergi lah. Tak mak ayah aku pergi beraya rumah kawan-kawan dia, kawan-kawan dia datang beraya rumah kami ni. Aku kalau ada kat rumah aku ikut juga. Ayah paksa suruh ikut. Tapi tahun ni cuti raya sampai raya ketiga je. Raya keempat aku dah naik kerja.



Masuk je dalam rumah, tempat pertama aku tuju dulu adalah dapur. Nampak elok je tudung saji atas meja makan tu.

Cantekkkk! Ada nasi, lauk, lemang siap rendang pun ada juga ni. Tak buang masa, cedok nasi, tabur lauk atas nasi, pergi makan bertatang depan tv. Musim raya ni banyak movie best-best kot. Baru masuk dua-tiga suap…



“Assalamualaikum!”

Aduh. Siapa pulak datang ni. Mak ayah aku tak ada lah. Takkan tak perasan kereta bapak aku tak ada kat luar tu.

“Assalamualaikum!”

"Waalaikumussalam. Kejap!" Aku jawab. Aku bangun pergi parking dulu nasi bawah tudung saji atas meja makan, pergi cuci tangan. Lepas tu pergi depan, buka pintu.

"Ek elehhhh...Mak Jah rupanya. Ingatkan siapa tadi. Suara kemain lemah gemalai macam anak dara!" kata aku. Mak Jah. Rakan karib mak aku. Geng Yassin, geng Marhaban dan macam-macam geng lagi lah yang ada kat kampung ni. Aku dah biasa berseloroh dengan Mak Jah ni. Aku anggap dia macam mak aku dah.



Tak cakap banyak, Mak Jah terus naik dan masuk ke dalam rumah aku. Terus duduk kat sofa.

"Mak tak ada. Keluar beraya kot, dengan ayah. Mak Jah ada apa datang ni?" tanya aku. Aku tanya sebab hari tu aku dengan orang tua aku dah pergi beraya rumah dia. Raya kedua tu pulak, dia dengan anak-anak dia semua datang beraya rumah aku. Kira settle lah bab raya meraya ni.

"Datang beraya lah!" jawab Mak Jah. Bergurau pulak dia. Malas aku nak layan. Aku pun pergi ke meja makan, buka tudung saji dan sambung makan balik.

"Makan, Mak Jah! Mari lah," aku pelawa ke Mak Jah. Dia geleng kepala.

Tapi dalam kepala aku, Mak Jah bukan datang beraya ni. Sebab dia tunduk je, macam ada masalah.

Aku tak pelik, sebab selalu kalau dia ada masalah, memang mak aku lah tempat dia mengadu. Orang tua, bukan macam kita. Adu masalah kena bertentang mata. Bukan main luah ikut WhatsApp je.



Siap makan segala, mak dengan ayah aku tak balik-balik lagi. Lama pulak. Biasa pukul 11 malam habis lambat lah tu diorang lepak luar. Ini dah 11.30 malam, tak balik balik lagi ni. Mak Jah pulak duduk begitu je lah dari tadi. Berat agaknya masalah dia tu, macam tak ada hari esok dah nak bercerita dengan mak aku ni.



Punya lah lapar, lepas tu kena kacau dengan Mak Jah, aku lupa henfon aku tengah caj dari tadi. Aku pun capai henfon aku, lepas tu on kan.

"Kejap eh Mak Jah. Nak call mak jap," kata aku sambil perhati kat henfon aku.

"Tak payah lah. Mak Jah dah nak balik. Mak Jah nak ajak kau ke rumah Mak Jah ni. Sampai hati kau tak datang," kata dia.

Blur aku sekejap. Apahal dia kata aku tak datang pulak? Kan aku dah pergi beraya hari tu?



Malas nak melayan drama sedih Mak Jah, aku call mak. WhatsApp berdentam dentum masuk kat phone aku lepas aku on. Nanti lah baca, settlekan hal Mak Jah dengan mak ni dulu.

"Hah, hello. Kau kat mana?" gitu soalan mak aku lepas jawab call aku.

"Kat rumah lah. Mak kat mana?" aku tanya dia balik.

"Kau tak baca WhatsApp? Dari tadi mak dengan ayah call kau!" kata mak aku. Tengking juga nada dia ni.

"Orang baru cas fon. Mak kat mana? Ada geng kamceng mak tunggu mak ni" kata aku.

"Mak kat rumah Mak Jah lah. Geng mak? Siapa?" tanya mak aku.

"Hah elok! Mak pergi rumah Mak Jah, Mak Jah tunggu mak ni kat rumah," kata aku. Ketawa juga lah aku tengok permainan orang tua-tua ni.

"Kau merapu apa ni?" tanya mak aku.

"Merapu apa pulak?" aku kilas balik soalan dia.

"Malas mak nak layan kau. Kau baca WhatsApp mak kasi kau tu," kata mak. Mak terus matikan perbualan.




Aku pun buka WhatsApp. Baca mak punya,

"Lepas habis kerja jangan terus balik. Datang rumah Mak Jah. Mak Jah baru saja meninggal dunia. Dia terjatuh dalam bilik air petang tadi"

Aku teragak-agak pandang ke sofa. Tak ada orang.

"Sampai hati kau. Mari lah jenguk Mak Jah"

Suara je ada. Ntah dari mana.





BAHAGIAN 2


Jenazah Mak Jah selamat dikebumikan siang esoknya, sebelum Zuhur. Aku ambil cuti, bagitau boss aku ada kematian saudara. Yang aku dengar, Mak Jah kena serangan jantung. Hmm hilang dah sorang rakan karib mak aku. Mak, aku jangka akan sugul sehari dua ni. Ya lah, kawan karib kot. Dari zaman muda mereka berkawan.

Aku nak cerita kejadian malam tadi pun aku rasa masanya belum sesuai. Lagipun takkan aku nak fikir bukan-bukan, contoh arwah Mak Jah bela saka ke apa. Mahu kena tampar aku dengan mak nanti.




Petang, sedang aku duduk rileks depan tv, mak pulak duk termenung kat beranda, ayah aku keluar dari bilik dia. Pegang henfon kat tangan. Ayah berjalan ke beranda.

"Nak kena pergi rumah Wak Man malam ni. Dia ada buat makan-makan sikit," aku dengar ayah cakap kat mak. Mak tak kata apa-apa.

"Sudah lah tu. Jangan sedih-sedih, dah tiba masa si Jah tu. Dah janji dia dengan Tuhan sampai semalam je umur dia, kita ni siapa nak halang, tak nak terima?" Aku dengar ayah tenangkan mak. Aku toleh juga ke luar, nampak mak duk kesat air mata.




"Malam ni lepas Isyak kita pergi rumah Wak Man tu," kata ayah lagi.

"Orang kena ikut sekali tak, yah?" aku tanya.

"Dia jemput semua. Kena lah," jawab ayah.

Aduh. Aku lemah betul kalau Wak Man ni. Tak berapa gemar aku kalau dengan dia. Garang yakmat! Dari zaman aku budak lagi, aku dah pernah rasa kena marah dengan orang tua ni. Dia kalau jerit, berdesing telinga. Nak balik mengadu dengan ayah? Jangan harap. Ayah akan tanya Wak Man. Kalau Wak Man cerita aku yang buat salah, sebab tu dia marah, aku kena lagi dengan ayah.




Lagi satu Wak Man ni dulu bomoh. Orang sakit, orang kena santau, nak pelepas saka, hantu raya, Wak Man ni lah pakarnya. Dulu lah. Sekarang mana ada orang percaya kat bomoh-bomoh ni lagi. Zaman sekarang, kena santau pun orang telan panadol je. Contoh. Rumah dia pun aku rasa time raya je lah aku pergi pun. Hari biasa, aku tak ada rasa nak pergi lepak.

Agak seram lah rumah dia. Dah lah rumah paling hujung kat kampung. Nak sampai rumah dia kena lalu jalan kecik. Kiri kanan pokok buluh. Pokok kekabu. Jenis pokok yang ikut sejarah keseraman Melayu, pokok singgah hantu-hantu lah. Kan?

Hmmm tak apa lah. Pergi je. Setahun sekali je. Layan kehendak ayah aku. Tiba-tiba dengar kereta abang aku masuk kawasan rumah.



"Mak, tumpang Aina sini jap. Orang nak gi kerja ni. Tengah malam karang, Su habis kerja dia datang ambik"

Kata abang aku. Aina tu anak dia. Su tu kakak ipar aku, bini dia lah.

Abang aku kerja kilang. Masuk shift petang lah tu. Akak ipar aku memang selalu pukul 11 lebih baru sampai rumah. Dia nurse kat hospital kerajaan.

"Kau ada bawak baju Aina yang elok-elok sikit tak? Mak nak ke rumah Wak Man malam ni. Beraya," kata mak.

"Ada kot. Entah Su, dia siapkan beg tu hah," kata abang aku lepas tu dia gerak pergi kerja.

“Aina, meh naik!” aku panggil.

Satu-satu anak buah aku yang aku ada. Cucu kesayangan mak ayah aku ni. Aku dua beradik je. Abang aku ada sorang anak. Aina ni lah.



Malam.

Lepas Isyak kami gerak ke rumah Wak Man. Aku biasa lah jadi driver. Ayah kalau drive waktu malam, dia kalah sikit. Ayah duduk seat sebelah. Mak dengan Aina duduk belakang. Aku tegak je memandu masa masuk lorong kecik kat rumah dia tu. Seram juga lah. Kiri kanan gelap.



Ayah, aku tengok steady je. Port lasak diorang masa muda-muda dulu ni. Cakap je semak mana, hutan mana, bukit mana dalam kampung ni. Semua dia n the gang dah pernah jejak. Ramai jugak orang kat rumah Wak Man malam ni. Dia buat tahlil doa selamat, sekali dengan beraya lah ni. Budak-budak pun ramai. Bagus juga, tak bosan sangat si Aina ni nanti.



Makan pun sedap-sedap. Mak Kinah, bini Wak Man memang handal lah masak. Dia dulu buka kedai makan. Sekarang dah tak, tak larat katanya. Kami duduk pun tak lama kat rumah Wak Man. Sebab nanti Kak Su nak datang ambil Aina. Pukul 10 lebih kitorang gerak dari rumah Wak Man. Aina bengang je. Ya lahh, tengah syok main dengan budak-budak lain, kena panggil ajaak balik. Muncung je dalam kereta.



Sampai-sampai je kat rumah, tengok dia dah terlelap kat belakang. Mak suruh aku angkat dia bawa naik ke rumah, letak dalam bilik tidur abang aku dulu sementara tunggu Kaak Su datang. Aku pun angkat, letak dalam bilik. Keluar dari bilik abang aku, aku nampak ayah gopoh-gapah cari aku. Menjerit-jerit dia.



“Apa hal yah? Kelam kabut sangat ni?” tanya aku.

Ayah diam, pandang aku,

“Wak Man baru jap telefon ayah. Dia kata kita tertinggal Aina. Tengah menangis tu kat sana. Jom pergi ambik dia!” kata ayah.

Aku panik.

“Habis yang orang dukung letak daalam bilik abaang tu budak mana yah?” tanya aku

“Ntah. Kau pergi lah jenguk kalau kau berani. Jomlah peergi rumahh Wak Man!” kata ayah.




BAHAGIAN 3


“Bang, nak ke mana pulak tu?” tiba-tiba mak aku keluar dari dapur, tanya ayah aku.

“Nak pergi rumah Wak Man,” kata ayah.

“Nak pergi rumah Wak Man? Ada apa lagi? Tertinggal apa-apa ke?” tanya mak.



Dia tak tahu pasal tertinggal Aina ni. Masa kecoh-kecoh tadi, dia kat dapur.

Tiba-tiba henfon ayah aku berdering. Ayah aku tengok jap lepas tu jawab call tu.

“Hah Man!....Apa dia? Kau nak datang hantar? Heh eloklah. Kau bawak balik la kau punya sekali ni,”

“Okay okay”



Itu yang aku dengar ayah aku berbual. Lepas tu aayah pandang aku.

“Tak payah pergi lah. Wak Ma nnak datang sinni,” kata ayah. Aku pun naik ke rumah semula dengan ayah.

“Apa yang tertinggal?” mak aku tanya ayah aku.

“Aina” ringkas je ayah aku jawab. Mak aku tergamam masa tu. Pucat muka dia.

“Ish, janga main-main. Habis yang tidur atas riba saya dalam kereta tadi siapa?” mak aku dah cuak semacam dah.

“Ntah, mana saya tahu. ‘Budak’ Wan Man lah kot,” jawab ayah. Sikit pun ayaah tak nampak tanda-tanda dia seram ke apa ni.



Aku pula masa tu seram sejuk juga. Tapi dalam hati ni membuak-buak rasa nak pergi jenguk ‘budak’ yang tidur dalam bilik abang aku tu.

“Pergilah jenguk,” kata ayah aku. Aku geleng kepala laju-laju.

“Jantan apa ntah. Masa ni lah nak belajar,” kata ayah aku sambil tersengih pandang aku, sambil gulung rokok daun kat tangan dia.



Aku rasa tercabar pulak tiba-tiba. Aku bangun, perlahan-lahan jalan ke bilik abang aku.

“Elok-elok! Gigit kau nanti! Hahaha!”

Geram juga aku dengan ayah aku masa tu. Dia selamba je usik aku.

Mak aku menjeling ke ayah aku sambil dalam masa sama larang aku supaya jangan tengok.



Pintu bilik aku tolak perlahan-lahan.

‘Kriiiuuuuuukkkk’

Aduh. Pintu masa ni la hdia berbunyi. Rumah kampung kan, biasalah.

Budak tu tidur, menghadap ke sana. Kira aku nampak belakang dia je lah. Dari belakang saling tak tumpah macam Aina.

Cuma yang bezanya, rambut. Rambut Aina paras bahu je. Tapi rambut budak tu panjang sampai paras bontot dia aku rasa. Ada juga rambut terjuntai, sampai lantai.



Aku lepas dah tengok tu terus balik semula ke ruang tamu. Duduk dengan mak dan ayah aku.

“Besar?” ayah aku tanya. Aku geleng kepala.

Mak aku dah macam patung masa tu. Takut sangat agaknya. Tapi aku nampaklah mulut dia kumat kamit baca apa ntah.



Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta masuk kaawasan rumah.

“Hah Wak Man sampai dah. Buka pintu,” kata ayah aku. Aku dan mak aku bangun pergi ke pintu.

Nampak Wak Man tersengih-sengih lepaas tu dia buka pintu belakang. Aina laju je keluar sambil nangis-nangis. Sedih ccampur takut lah tu kena tinggal tadi. Mak aku terus pergi peluk dia dan tenangkaan dia. Ayah aku pelawa Wak Man naik.



“Bilik mana budak tu?” tanya Wak Man.

Ayah aku tunjuk biliknya.

“Cucu kau main kat bawah pokok besar tepi rumah aku dengan budak-budak lain tadi agaknya.,” kata Wak Man.

“Kau ada ‘buang’ kat situ jugak ke?” tanya ayah.

Wak Man angguk lepas tu dia kata, “Dulu lah. Dah lama. Aku pun tak tahu ni siapa punya, datang dari mana. Aku dah lama kot tak ubat orang”

“Kau pun. Tak agak-agak. Buang lah jauh sikit kot ya pun. Hishhh!” marah ayah aku. Pertama kali dalam hidup aku, aku tengok Wak Man kena marah. Biasa dia marah orang je.



Wak Man pun masuk bilik tu. Sorang diri. Dia tak kasi sesiap pun ikut atau kacau dia. Tak lama, dalam 15 minit maca tu, dia keluar Dia ada bawa 1 uncang kat tangan dia.

“Dah. Selamat,” kata Wak Man sambil angkat uncang tu. Maknanya benda alah tu dah masuk uncang dah.

“Ai…..mudahnya?” tanya ayah aku. Mak masa tu dah ke dapur. Ayah suruh buat air.

"Budak. Bukan liat mana," kata Wak Man.

“Mana punya? Siapa?” tanya ayah lepas dia suruh Wak Man duduk dulu, minum air.



Wak Man pun cerita lah.

Saka. Bukan budak sangat pun. Dah tua dah pun. Tapi dia berupa macam Aina. Ada bomoh sini pakai saka ni dulu.

Ada orang datang nak pelepas saka, bomoh ni lepaskan tapi dia tak buang. Lepas tu dia mati, anak dia bela. Tak lama, agaknya si anak tak larat nak jaga, nak penui kehendak saka tu,, itu si anak pergi jumpa Wak Man tuh. Nak minta tolong pisahkan.

Ayah aku tanya bomoh mana? Wak Man kata bomoh biasa dulu tu lah, sambil anak mata dia jeling kat aku. Tanda dia tak nak aku tahu lah tu kot. Lepas tu aku diam.



Mak keluar dari dapur, hidang air kat kitorang. Aina dah tidur dah, atas sofa.

“Mak!”

Dengar orang panggil mak aku kat luar.

“Su tu,” kata ayah aku.

Aku pun bangun pergi buka pintu. Kak Su yang datang.



“Eh, mana kereta kau kak?” aku tanya Kak Su. Sebab aku tak dengar langsung bunyi enjin kereta Viva dia.

“Apa lagi, rosak lah,” jawab Kak Su. Nampak bengang muka Kak Su. Hal kereta dia selalu rosak ni dah lama. Banyak kali dia minta dengan abang aku nak tukar kereta baru. Tapi abang aku buat tak tahu je. Wak Man minta diri nak balik. Hal pun dah selesai, kata dia. Ayah hantar Wak Man sampai ke tanah.



“Dah kau balik sini naik apa Su?” tanya mak.

“Kawan hantar. Orang tidur sini la malam ni. Esok tak kerja,” kata Kak Su.

Memang dah biasa gitu. Kak Su dengan abang aku memang ada tinggaalkan pakaian diorang kat dalam bilik diorang tu. Senang. Kalau malas balik, diorang tidur sini.

“Okay Kak Su pergi la mandi ke apa dulu. Karang orang angkat Aina bawak masuk bilik Kak Su,” kata aku.



Ikut hati aku nak cerita pasal kes tadi, tertinggal Aina kat rumah Wak Man dan terbawa balik ‘budak’ lain tu. Tapi mak aku tak kasi. Lagipun tengok muka Kak Sun penat semacam.

Kak Su bangun, terus masuk bilik. Ayah punn naik ke rumah, tutup pintu depan dan kunci.

Mak pulak mengemas kat meja ruang tamu. Susun cawan yang ayah, Wak Man dan aku minum tadi.



“Henfon awak berbunyi tu. Dalam bilik,” aku dengar ayah aku cakaap kat mak aku. Aaku masa tu tengah tengok tv.

Mak pun berhenti kejap kerja dia. Masuk bilik, ambil henfon dia. Dia bawak keluar.



“Siapa?” tanya ayah aku.

“Ntah, nombor tak kenal ni,” jawab mak.

“Jawab lah. Tunggu apa?” bentak ayah aku pulak.

Mak pun jawab, “Hello”

“Mak, Su ni. Henfon Su habis bateri. Pakai henfon kawan. Mak, kereta Su rosaklah. Su kat tempat kerja laagi ni. Boleh minta tolong Azrul atau ayah datang ambil Su tak? Abang OT malam ni, balik lambat”

Bedebukkkkk!

Terlepas henfon dari tangan mak. Terbeliak mata dia.





Bersambung...
 
Last edited:
BAHAGIAN 4


"Abang, abang!" tergopoh gapah mak aku keluar bilik. Cari ayah aku.

Ayah aku baru je duduk kat sofa. Terperanjat dia. Aku pun sama, tengok mak aku panik semacam je.

“Hah, kenapa pulak ni? Kenapa?” tanya ayah aku.

“Yang tadi tu, tadi tu,, yang balik tadi tu,” kata mak aku. Tergagap-gagap dia.



“Tadi apa? Balik apa awak ni?” ayah aku kata.

“Yang balik tadi tu bukan Su!”



Aku terkedu. Ayah aku agak terperanjat. Direnungnya muka mak aku lama-lama.



“Mana awak tahu?” tanya ayah.

“Su baru je kejap tadi telefon saya. Dia kat tempat kerja lagi. Kereta dia rosak. Dia mintak tolong abang atau Azrul ambik dia,” cerita mak.

Aku masa ni dah tak kata apa dah. Berturut-turut aku kena game ni. Bermula arwah Mak Jah, lepas tu Aina, sekarang Kak Su pulak.



“Mana benda alah tu sekarang?” tanya ayah aku.

“Bilik air. Tak pun, kat dapur,” jawab mak aku.

“Rul, kau pergi ambil Kak Su kau kejap. Hah tu, bak datang telefon ayah tu,” kata ayaah aku sambil hulur tangan dia.

Aku tak banyak cakap, bangun terus capai kunci kereta ayah, ambil telefon dia dan kasi kat dia. Waktu aku nak turun dari rumah, aku terdengar perbualan ayah aku.

“Man, kau dah sampai mana tu? Patah balik! Cilake kau, bawak balik yang lain, tinggalkan pulak yang lain. Cepat! Bini aku takut dah ni. Hahaha!”



Aku macam blur masa tu. Orang tua aku boleh gelak pulak dalam keadaan cemas macam ni. Aku dengan mak pucat dah macam apa ni. Betul lah cerita mak aku. Ayah aku dulu ni, hantu takut dengan dia. Bukan dia takut hhantu. Ayah aku dengan Wak Man masa muda-muda dulu gemar betul buru hantu.



Kat hutan mana orang cerita berpenunggu, dia pergi bertapa kat situ. Orang kata bawah pokok ada hantu, dia pergi lepak berdua kat bawah pokok tu. Orang cerita bukit mana berpuaka, diorang berdua boleh pergi berkemah kata sana. Pelik hobi mereka berdua masa muda-muda. Aku pun gerak pergi ambil Kak Su. Di tengah jalan, aku selisih dengan Wak Man. Dia berhentikan kereta dia.



“Apa hal kat rumah kau?” tanya Wak Man.

“Bukan Kak Su tadi tu!” jawab aku. Aku cemas masa ni. Seram sebenarnya.

“Dah tu, siapa?” tanya Wak Man.

“Ntah, mana orang tahu, Wak!” jawab aku.

“Habis bapak kau takkan tak boleh halau?” Nak aku jugak? Mengada-ngada lah bapak kau!” kata Wak Man lepas tu dia terus gerak.



Aku pun gerak. Malas nak campur hal mereka berdua. Tangkap hantu dah macam tangkap ayam dah mereka buat. Tak lama, aku pun sampai kat teempat kerja Kak Su. Kak Su tunggu kat bus stop. Tersengih-sengih dia. Dia tak tahu cerita lagi. Kejap lagi aku cerita, ntah ke mana hilang sengih dia tu nanti. Dia masuk je kereta, aku pun buka cerita. Kisah Aina dan cerita dia, yang baru terjadi tadi.



“Kau hantar Kak Su balik rumah Kak Su teruslah, Rul. Tak nak Kak Su balik rumah mak! Takut!” kata dia.

Kan? Betul ak cakap. Nasib baik juga lah aku cerita awal-awal kat dia. Kalau aku bawak balik Kak Su ke rumah mak, mahu pengsan akak ipar aku ni tengok diri dia ada dua.

“Habis Aina?” tanya aku.

Dia kata nanti biar abang aku ambil. Lagipun esok Sabtu. Aina tak sekolah. Dia tidur rumah mak aku pun tak apa. Aku pun tak kerja esok. Boleh je aku hantar kalau Aina nak balik. Rumah kami dekat je. Aku pun hantar lah Kak Su sampai depan rumah dia. Lepas tu aku terus gerak balik. Sampai je kat rumah, nampak ayah aku dengan Wak Man santai-santaije duduk kat beranda. Dah selesai lah tu agaknya.



“Dah ke yah?” aku tanya ayah aku.

“Belum,” jawab ayah sambil rileks je pusing-pusingkan rokok daun yang teerpacak kat mulut dia. Asap berkepu keluar ikut hidung. Wak Man pulak duk mengadap henfon, tengok ceramah ustaz mana ntah kat Youtube.

“Dah tu, buat apa ni?” tanya aku. Tak faham aku. Mereka berdua boleh rileks je ni. Sorang layan rokok daun, sorang layan henfon.

“Sabar lah, dia tengah makan,” kata Wak Man.



Tengah makan? Amboi siap kasi makan ni. Aku makin tak faham dah. Aku pun duduk sekali kat beranda tu. Mak pun ada kat situ. Kesian mak, dah mengantuk. Nak masuk tidur, takut.



“Dah. Mari!” tiba-tiba Wak Man bangun dan ajak ayah aku. Ayah aku pun ikut bangun.

‘Rul!” ayah aku panggil.

“Ya, yah,” aku jawab.

“Kau duduk buat apa lagi kat situ? Sini ikut!” kata ayah aku.



Alamak. Kena ke? Part ni aku lemah betul. Nak halau hantu, kenapa aku kena ikut? Ayah aku nak aku belajar. Aku ikut ayah dan Wak Man ke dapur. Mak pun bangun tapi dia duduk kat sofa kat ruang tamu. Sampai je kat dapur, Wak Man selak langsir yang tergantung kat pintu dapur.

Makan mencangkung! Masih berupa seperti Kak Su tapi buruknya perangai makan mencangkung macam tu. Ada sepinggan nasi dengan lauk dia duk hadap. Bersepah-sepah atas lantai.



“Dah kenyang?” tanya Wak Man.

Tak menjawab.

“Kau dari mana ni?” tanya Wak Man lagi.

“Sungai!” benda alah tu jawab. Sungai memang tempat Wak Man buang ‘sakit’ orang selalunya.

“Dah kat sungai, duduk sungai lah. Datang rumah aku kenapa?” tanya ayah.

“Lapar!” benda tu jerit kat ayah aku.

“Siapa tuan kau dulu?” tanya Wak Man.

“Daud!” dia jawab.

Wak Man terkejut sikit. Dia pandang ayah aku. Ayah aku pun pandang dia.

“Daud? Bukan ke Daud dah meninggal, Man? Dekat 5 tahun dah aku rasa,” kata ayah perlahan pada Wak Man.


Wak Man angguk. Dia macam berfikir sekejap.

“Dah tu siapa panggil kau balik ni? Aku dah buang kau dulu kan?” tanya Wak Man.

“Rahsia!” benda tu jawab.

“Eleh. Celaka nak berahsia-rahsia pulak dengan aku. Geli lah aku!” kata Wak Man. Part ni buat aku nak tergelak. Ayah aku tersengih-sengih dah masa ni.

“Pergi balik lah!” kat ayah.

“Tak nak!” benda tu jawab.

“Aku suruh cakap siapa panggil balik kau tak nak cakap. Suruh balik punn tak nnak, nak aku berkasar ke?” tanya Wak Man. Lepas tu dia keluarkan uncang dari poket seluar dia. Tak sempat buat apa-apa, benda tu hilang. Jadi asap berkepul-kepul, laju keluar ikut bumbung dapur.



“Tahu pun takut,” kata Wak Man.

“Man, kau ‘pagar’ rumah aku sekarang!” kata ayah aku.

Wak Man pun keluar ikut dapur, pergi dari penjuru ke penjuru pagar belakang. Lepas tu tepi, membawa ke pagar depan. Baca apa, aku tak tahu.



“Ok dah. Tak payah risau lah kau, Ana. Dah tak berani masuk dah benda tu. Aku dah ‘pagar’ habis dah tadi,” kata Wak man pada mak aku. Mak pun bangun masuk dalam rumah. Dah mengantuk sangat dah tu.

Tinggal lah aku, ayah aku dengan Wak man kat beranda.



“Pelik aku Man. Arwah Daud punya tadi tu? Dah lama kot. Kau pun dah buang kan? Macam mana datang balik?” tanya ayah.

“Itu yang aku pelik ni,” jawab Wak Man.

“Entah-entah kau tak buang tak, Man? Kau bela. Kau jangan Man. Kau dah janji dengan aku dulu. Kau luupa ke?” tanya ayah.

“Hish! Kau ni. Aku dah siap tak main benda-benda gitu lagi dah. Murad! Aku dah tua. Dah bercucu dah pun,” pintas Wak Man. Berang betul dia bila ayah aku tanya gitu.

“Ini biasa permainan orang berdendam ni. Tak pasti siapa, dendam apa ni,” tambah Wak Man lagi.



Lepas tu masing-masing diam tak cakap apa-apa.

“Eh dah pukul 1 lebih dah. Aku balik dulu lah,” kata Wak Man. Lepas tu dia bangun, masuk kereta terus gerak.

“Tutup pintu Rul. Kunci,” pesan ayah aku sebelum dia pun bangun dan masuk bilik dia.

Aku turuti perintah. Lepas tu aku pun masuk bilik. Aina tidur dalam bilik mak ayah aku. Aku terkebil-kebil kenangkan kejadian tadi. Belajar benda baru aku malam ni.



Esoknya, lepas aku sarapan, aku bagitahu kat mak aku, aku nak keluar kejap jumpa kawan. Start motor, aku pun gerak. Melintas je depan Warung Haji Mahad, aku dengar ada orang jerita nama aku.

“Rul!”

Aku berhentikan motor. Tengok siapa yang panggil aku tadi.

“Alamaaaaakkk. Kau Mir? Weh lama tak jumpa kau siot!”



Amir. Kawan aku dari kecil lagi. Sekelas dengan aku dari darjah 1 sampai darjah 6. Tingkatan 2, dia pindah. Ayah dia kerja Pejabat Tanah. Ditukarkan atau pindah cari kerja lain ke macam mana, tak tahulah aku. Yang ada kat kampung ni atuk degan nenek dia. Tapi dua-dua dah meninggal dah.



“Kau apa mimpi balik kampung ni weh?” tanya aku. Aku dah parking motor, lepak ngeteh dengan dia.

“Ayah aku. Dah lama tak jenguk rumah arwah atuk dan nenek aku kata dia,” jawab dia.

“Kau dah lama ke balik sini? Haram tak datang rumah aku ek?” kata aku.

“Aku baru sampai malam tadi lah, Rul. Ingat nak pergi rumah kau lah ni. Tapi terserempak kau kat sini dah ni,” kata dia.

“Datanglah rumah. Takkan kau tak nak jumpa mak ayah aku? Apa lah kau,” kata aku.

“Nanti aku pergi lah. Rindu betul aku kat kampung ni. Teringat masa kita kecik-kecik dulu Rul. Main parit, masuk semak. Kacau orang. Hahaa,” kata Amir, mengimbau kenangan lama.

“Bulan puasa, pergi terawih, Balik terawih usik orang yang balik masjid. Konon tak ada hantu bulan puasa, tapi dia punya lari nampak kau pakai telekung, bukan main laju lagi kan? Kahkah!” tambah aku pulak.

Berdekah kami ketawa kat warung tu bila teringat kenangan-kenangan lama. Rindu gila zaman kanak-kanak.

“Itu lah. Malam tadi masa aku on the way ke rumah atuk aku, aku selisih dengan Mak Jah. Teringat aku kita pernah sergah dia dulu. Hahaha”



Tapi yang ni, aku tak ketawa.

“Siapa kau cakap yang kau selisih malam tadi?” tanya aku untuk kepastian.

‘Mak Jah. Eh, aku walau dah lama tak balik sini aku ingat lagi lah muka Mak Jah. Lagipun dia senyum je tengok aku malam tadi,” kata Amir sambil hirup nescafe tarik dia.

Aduh.



“Eh jom ikut aku jap,” ajak aku pada Amir.

“Mana?” soal Amir.

“Rumah aku. Nanti aku cerita. Haji, ni duit!” kata aku sambil tinggalkan duit 5 ringgit atas meja warung Haji Mahad.



Amir tak banyak soal, terus membonceng di belakang dan aku terus bawa dia ke rumah.



“Yah! Ayah!” panggil aku sebaik saja sampai ke rumah. Tiada jawapan.

“Mak! Ohh Mak!” aku panggil mak aku pulak.



“Apa dia Rul, terjerit-jerit ni?” Tanya mak aku sebaik keluar dari dapur.

“Ayah mana mak?”

“Ke kebun. Kenapa? Ni siapa pulak?” tanya mak aku slepas dia melihat Amir.

“Mak tak kenal ke? Amir. Kawan orang masa sekolah rendah. Anak Pak Basir kerja pejabat tanah dulu tu. Mak dia kan kawan mak juga, Acik Ramlah tu. Tak ingat?” satu persatu aku bagitau mak.



Mak aku renung je Amir. Lepas tudia melangkah beberapa tapak ke depan merapati Amir.

“Betul ke Amir ni Rul?” tanya mak aku.

“Betul lah mak. Kawan orang, orang kenal lah,” jawab aku.

“Mak bukan apa. Kau tahu kan apa jadi kat kita semalam. Aina, bukan Aina. Kak Su, bukan Kak Su. Jadi mak risau kalau kau bawak balik ni bukan Amir,” kata mak.



Nak tergelak pun ada juga aku tengok mak waktu ni. Fobia dia. Kesian pun ada juga. Tak nak buang masa, aku terus bawa Amir ke kebun. Amir, masih lagi bingung apa tujuan aku bawa dia ke hulu ke hilir ni. Berkali-kali juga dia tanya aku masa atas motor. Malas aku nak cerita.



Sampai je kat kebun ayah aku, aku tengok motor Wak Man pun ada. Hah, elok. Biar Wak Man pun tahu siapa Amir jumpa malam tadi waktu dia masuk ke kampung ni. Aku park motor, terus heret Amir masuk kebun ayah aku. Kalau Wak Man ada, tak ada tempat lain dah ni. Pondok kecik hujung kebun lah port diorang berdua. Kami terus ke sana.



Tepat tekaan aku. Tengah santai layan rokok daun mereka berdua masa ttu. Ayah dengan Wak Man pun sama macam mak aku. Tak cam Amir. Terpaksa aku ulang skrip sama yang aku cakap kat mak tadi kat rumah. Siapa ayah Amir, mak Amir.



“Ohhhh cucu Ya Lembu. Lama tak nampak kau..Bapak kau sihat?” tanya Wak Man.

Ya Lembu. Arwah atuk Amir. Dapat jolokan lembu tu sebab arwah atuk dia duu tokey lembu. Nama sebenar arwah atuk dia, Zakaria.



“Dah tu, ada apa cari ayah sampai ke kebun ni?” tanya ayah aku.

”Ada benda tak kena kampung kita ni ya, Wak,” kata aku.

“Tak kena apa pula kau ni?” tanya Wak Man.



“Mir, kau cakap Mir. Siapa kau selisih masa masuk kampung ni malam tadi,” arah aku pada Amir.

“Mak Jah,” jawab Amir dengan wajah yang penuh kekeliruan.

Wak Man dan ayah saling berpandangan.



“Apa, betul orang yang kau tengok tu Mak Jah? Kau tak salah orang?” tanya Wak Man.

“Betul Wak. Saya cam dan ingat lagi muka Mak Jah macam mana. Tapi, kenapa ya? Apa yang gempak sangat selisih dengan Mak Jah ni?” tanya Amir. Wajah stress lagi merimaskan mula terpamer di wajahnya.



Aku pun cerita lah. Mak Jah sudah meninggal dunia. Dia tak percaya pada mulanya. Lepas tu cerita aku disokong penuh oleh ayah dan Wak Man. Barulah dia percaya.






BAHAGIAN 5



Pucat tak ada darah muka dia masa tu. Berkali-kali dia tepuk pipi dia, dia keliru. Dan tak sangka akhirnya dia dapat berselisih dengan makhluk lain selain manusia dan haiwan di muka bumi ni.

Tak lama lepas tu, aku hantar dia balik ke rumah atuk dia. Bapak dia takada, ke pekan. Mak dia je ada. Aku jumpa mak dia sekejap lepas tu aku balik ke rumah.



***Malam***



Wak Man datang rumah aku. Dia macam tu lah. Kalau ada benda penting,, benda kusut, kerap lah dia datang rumah aku. Lepak dan berbincang dengan ayah aku.



“Aku rasa ada cubaan nak huru-harakan kampung kita ni. Dah lama tak ada kejadian-kejadian aneh macam ni,” kata Wak Man. Rokok daun dipacakkan ke mulut, lantas dibakar.

“Kau dah nampak ke siapa punya kerja?” tanya ayah aku..

Dia menggelengkan kepala sambil menghembuskan asap rokok ke udara.

“Aku ada juga ‘tengok’ kat rumah tadi. Gelap gambar, tak nampak apa. Kuat ni nampaknya,” kata Wak Man.



Lepas tu masing-masing diam. Tengah tunggu mak aku yang kat dapur masa tu keluar hidang air lah agaknya. Tak lama, tiba-tiba..



“Wak Man! Wak Man!”

‘Tinnn..tinnnnn…!’

Dengar orang menjerit-jerit memanggil nama Wak Man sambil selang seli bunyi hon motor. Sebuah motosikal masuk ke halaman rumah. Berhenti betul-betul depan tangga.



“Hah, kau Bidin. Apa hal kelam kabut? Kerengga masuk dalam seluar ke?”

Ayah aku. Datang nak merapu dia, tak kira tempat, tak kira waktu.

“Saya..saya…ke rumah Wak tadi. Mak Kinah kata Wak kat sini,” kata Bidin tergagap-gagap, tercungap-cungap.

“Hah, ada apa?” tanya Wak Man.



“Wak, datang rumah saya sekejap Wak. Lina, orang rumah saya. Tolong Wak!” kata Bidin.

“Kenapa bini kau?”

“Entah Wak. Tadi tengah elok-elok tengok tv, tiba-tiba terlompat-lompat. Macam beruk Wak. Tolong Wak. Cepat Wak,” kata Bidin cemas.

“Alaaaahhh beruk pulak. Macam-macam hal lah! Hah, kau pergi balik dulu. Sekejap lagi aku datang,” kata Wak Man. Bidin pun balik.



“Jom, teman aku!” ajak Wak Man pada ayah.

“Ayah! Orang nak ikut!” kata aku. Ayah aku macam tak percaya aku nak ikut. Dia ingat aku penakut sangat agaknya.

Disebabkan aku nak ikut, kami bertiga pergi dengan kereta ayah ke rumah Bidin. Sampai je ke rumah Bidin, Bidin ada di bawah pokok rambutan depan rumah dia.



“Laaa. Kau buat apa bawah pokok ni? Kenapa tak jaga bini kau kat dalam rumah?” tanya Wak Man.

“Mana Wak tahu bini saya kat dalam rumah?” tanya Bidin.

“Dah tu, kat mana?” tanya ayah aku.

“Cuba dongak atas,” kata Bidin.



Kami bertiga pun dongak ke atas, ke pohon rambutan yang besar merendang.

“Naaaaaahhh..tu diaaa. Panjat pokok pulak dah. Hah, jenuh nak buat turun ni!” kata Wak Man.



Kak Lina, seorang wanita lemah lembut, sopan santun, kerja kat tadika Kemas dalam kampung aku ni. Malam ni, entah setan beruk apa yang merasuk. Dia sekarang ada atas pokok rambutan. Sedang mengopek sebiji, sebiji rambutan sambil ketawa mengilai-ngilai. Seram juga aku tengok.



Namun, atas kehandalan Wak Man, Kak Lina berjaya diturunkan dari pokok. Namun kegagalan Wak Man adalah untuk mengetahui dari mana makhluk ini datang, siapa tuannya. Menurut Bidin, petang tadi Kak Lina ada pergi ke belukar di belakang rumah. Ingin memetik pucuk ubi untuk dibuat ulam. Disyak Kak Lina ‘membawa pulang’ makhluk tu sekali.



“Macam man Man? Kau rasa siapa punya kerja?” tanya aku aku dalam kereta sewaktu kami bergerak balik ke rumah.

“Nanti lah. Aku tak boleh fikir. Penat berlawan dengan ‘beruk’ tadi,” kata Wak Man.



Sampai sahaja kami di rumah, Wak Man terus menghidupkan enjin motosikalnya dan terus gerak balik ke rumahnya.



“Ada ‘sakit’ lah tu kalau macam tu. Tak nak berbual dengan orang,” kata ayah merujuk kepada Wak Man. Aku hanya perhatikan.

“Dah, naik. Tutup pintu karang. Kunci. Kau mandi, ambil wuduk dulu sebelum tidur,” pesan ayah.



***Pagi***

“Mak nya! Mak nya oii! Cepat lah! Matahari dah tinggi ni. Pukul berapa nak ke kebun?” jerit Wak Man pada isterinya, Mak Kinah.

“Jap, jap. Datang!” jawab Mak Kinah.

Wak Man membebel sendirian sambil menanti Mak Kinah. Akhirnya Mak Kinah duduk di belakangnya lalu motosikal Wak Man meluncur laju ke kebun.



Setibanya di kebun, Mak Kinah terus turun dan terus pergi ke satu kawasan. Wak Man pula menongkat motosikalnya di tepi jalan berhampiran kebunnya itu.



“Allahhhh..lupa pulak nak singgah kedai beli rokok tadi. Ish! Mak nya, saya ke kedai kejap. Awak ada nak kirim apa-apa?” tanya Wak Man.

Mak Kinah hanya menggelengkan kepala. Deruman enjin motosikal Wak Man sekali lagi kedengaran di dalam kawasan kebun tu. Tiba-tiba henfon Wak Man di dalam poket seluarnya berdering. Dia berhenti di tepi jalan. Henfon dikeluarkan dan dilihat siapa yang menelefon.



“Ish! Mak nya ni. Tadi orang tanya, tak ada nak kirim. Nak kirim air manis lah ni,” bebel Wak Man dan panggilan dari Mak Kinah itu dijawab.

“Hah, nak kirim apa?” tanya Wak Man.

“Kirim apa?? Yang awak ke kebun, tak tunggu saya naik moto tu dulu kenapa? Menonong je sorang-sorang tinggalkan saya kat rumah ni tadi. Saya panggil macam nak pecah tekak, awak tak dengar ke??” jerit Mak Kinah di dalam talian.

Wak Man tercengang.

“Celaka, aku pun terkena juga ni” kata dia.


Bersambunggg.....
 
BAHAGIAN 6



Beberapa minit juga Wak Man tercengang dengan apa yang terjadi. Tidak disangka-sangka, dirinya terkena jua. Kemudia dia teruskan perjalanan. Singgah di kedai dan pulang ke rumah untuk mengambil Mak Kinah. Setibanya di rumah, Mak Kinah sedang duduk di tangga. Bekal untuk makan di kebun masih rapi di sisi.



“Nak ke mana laju-laju sampai tak sempat tunggu saya?” tanya Mak Kinah.

“Ingatkan awak tak nak ikut. Saya gerak lah,” itu saja jawapan Wak Man. Dia malas nak bertengkar dan juga malas nak bercerita tentang apa yang terjadi pada dirinya.

Sampai saja di kebun, Wak Man tidak banyak berbual. Dan menjelang Zuhur, mereka pulang ke rumah. Siapa yang membonceng dengan Wak Man sebelum Mak Kinah pagi tadi, dibiarkan terus menjadi misteri.



“Hello! Murad! Kau kat mana?” tanya Wak Man di sebelah petang.

“Warung Mahad? Hah elok. Kau tunggu jap. Aku ke sana”
Tanpa membuang masa Wak Man terus memecut laju motosikalnya ke warung Haji Mahad.



“Berlaku kejadian memalukan pagi tadi,” keluh Wak Man sebaik sahaja duduk semeja dengan ayah aku.

“Apa dia?” tanya ayah aku. Wak Man terus menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Mak Kinah pagi tadi.

“Hahahahahaha! Kau punya lah handal berlawan dengan hantu selama ni, kau pun kena juga? Gelak besar ayah aku selepas Wak Man selesai bercerita.

Wak Man diam tidak memberikan apa-apa reaksi. Aku yang ketika itu berada di sebelah ayah, sehabis daya menahan gelak.



“Macam mana kau boleh tak perasan Man? Setahu aku, kau dulu tak macam ni. Kau dapat rasa bila benda tu ada dekat dengan kau,,” kata ayah aku.

“Aku dah bagitau kau. Banyak yang dah aku ‘tawarkan’. Memang aku dah payah nak rasa sekarang kalau ada benda tu datang dekat. Ada yang aku dapat rasa, ada yang tidak,” jawab Wak Man.

“Tapi aku rasa bukan oraang kampung kita punya angkara ni,” ayah aku bagi pendapat.

“Firasat aku, orang buat hal ni kenal aku. Kenal kau. Apa tujuan dia buat macam ni, aku tak pasti. Kebanyakan yang datang balik ni, yang aku dah buang dulu. Maknanya dia tahu aku bbuang kat mana,” Wak Man pula memberi pendapat.

“Ntah lah Man. Aku pun buntu dah ni. Cuma, aku macam tak percaya je ni,” kata ayah aku.

“Kau tak percacya apa?” tanya Wak Man sambil pandanga ayah.

“Tak percaya kau pun kena! Kahkahkahkah!” gelak besar ayah aku. Aku pulak kali ni memang dah tak boleh tahan. Pecah juga ketawa aku bersama-sama ayah.



Sambil aku bergelak ketawa tu, aku perasan ada seseorang masuk ke warung Haji Mahad ni. Aku tak pernah nampak orang ini. Orangnya sudah berumur. Lebih kurang 40an. Dia cuma masuk membungkus air dan lepas tu berlalu pergi.



“Ayah, siapa tadi tu? Tak pernah nampak pun selama ni,” tanya aku.

“Ntah. Ayah pun tak kenal. Kenapa?”

“Tak ada apa lah. Saja tanya. Macam pernahnampak sebelum ni,” jawab aku.

“Ahhhhh kau, ada-ada je lah,” kata ayah.



“Amboiiii…seronok berborak nampak 2 beranak ni. Berborak pasal apa lah agaknya. Dari jauh saya dengar ketawa”

Aku, ayah dan Wak Man segera berpaling ke arah suara itu.



“Ohh..Imam. Ni ha, imam. 2 beranak ni ketawakan saya. Azankan diorang, mam!” kata Wak Man dan disambut oleh derai tawa kami berdua. Imam hanya tersenyum.

“Hah, imam. Terlanjur imam ada kat sini ni, nak tanya lah,” kata ayah.

“Boleh. Tanya lah,” jawab imam dengan lemah lembut.

“Imam tak ada dengar apa-apa cerita ke kat kampung kita sehari dua lepas raya ni?” tanya ayah aku lagi.



“Dengar cerita. Cerita apa?” berkerut muka Imam.

“Cerita hantu. Hantu raya,” pintas Wak Man. Imam diam seketika.

”Ada juga saya dengar. Malam tadi pasal isteri Bidin, kan?” kata Imam.

“Bukan Bidin je imam. Kami sekeluarga pun dah terkena,” sampuk aku.

“Terkena? Terkena macam mana?” soal Imam.



Aku pun cerita satu persatu kejadian yang menimpa kami sekeluarga. Sambil sesekali disampuk ayah dan Wak Man.

“Astaghfirullah Hal Azim. Macam mana lah boleh jadi macam ni ya? Ish!” bebel imam kampung aku ni.

“Hmmm..Nanti lah. Saya tengokkan apa boleh saya bantu,” kata Imam lantas berlalu pergi. Ayah dan Wak Man balik tak berapa lama lepas tu. Aku je masih di warung, sambung berborak bersama beberapa orang kawan aku.



“Eh, dah senja lah. Aku gerak dulu lah,” aku minta diri untuk balik.

Dalam perjalanan balik, otak aku teringat akan seseorang yang masuk ke warung Haji Mahad sewaktu aku lepak dengan ayah dan Wak Man tadi.

“Kenapa aku asyik teringat dia je ni? Siapa dia?” itu soalan yang bermain dalam kepala aku. Tiba-tiba henfon aku berdring. Aku berhenti di tepi jalan dan keluarkan henfon dari poket seluar.

‘Mak’



“Ya mak, Rul nak balik dah ni”

“Rul, singgah kedai belikan mak telur Rul. Ayah tadi lupa. Mak kirim dia dah tadi”

“Okay mak”

Kena lah aku berpatah balik. Kedai runcit di belakang. Bukan satu jalan untuk aku balik ke rumah. Dalam perjalanan aku ke kedai, aku nampak seseorang berjubah, berserban sedang berjalaan kaki di tepi jalan. Gaya jalan macam aku kenal siapa dia. Aku memotong dan menoleh.



“Laaaa..Imam! Kenapa jalan kai ni? Nak ke mana? Oh haah ek,, dah nak Maghrib kan? Ke masjid lah. Naik Imam, saya hantar,” kata aku.

Tanpa banyak soal, Imam terus naik motor aku dan aku hantar dia sampai ke pintu gerbang masjid kampung aku. Selepas itu aku ke kedai memenuhi permintaan mak aku.



Telur sudah dibeli. Aku memecut laju pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang, aku berselisih dengan Imam.

“Rullll…” Imam panggil aku sambil membunyikan hon motosikalnya.

Laju Imam bawak motor dia. Dah nak masuk waktu, sebab tu dia laju agaknya. Aku membalas hon dan memberi sekuntum senyum ke arahnya. Tiba-tiba akuu menekan brek emergency. Lantas aku berpaling ke belakang.



“Imam tu!”

“Yang panggil aku tadi Imam!”

“Habis yang aku hantar ke masjid tadi siapa?”

“Gila ni. Gila! Takkan setiap hari ada kejadian macam ni?” Bebel aku sendirian. Aku berasa seakan sudah lali dengan kejadian ni. Dah tak rasa seram lagi dah. Gila punya hantu. Imam pun dia berani menyamar. Aku sampai ke rumah, lalu aku ceritakan pada ayah.

Ayah cakap, “Sabar lah. Sehari dua lagi kita tahu lah siapa punya angkara ni”.



“Maghrib tadi dengarnya Zaleha, bininya si Kadir pula kena sampuk bang,” aku dengar mak aku bercerita pada ayah aku sewaktu kami baru sahaja lepas makan malam. Aku bangun lalu terus duduk di sebelah mak. Nak dengar mak bercerita.



“Teruk juga saya dengar. Sampai bolehh duduk mencangkung atas almari baju. Puas laki dia suruh turun. Sudahnya si Kadir tu azan, Zaleha tu pengsan. Berdentum jatuh ke lantai. Mujur si Kadir sambut,” cerita mak aku panjang lebar.



“Larat pulak si Kadir tu sambut orang rumah dia. Badan besar juga si Leha tu kan?” tanya ayah.

Mak angguk je.

“Itu pasal awak kata berdentum tadi,” kata ayah dengan tenang. Sempat ayah aku membahan. Tapi entah kenapa, ingatan aku pada lelaki yang masuk ke warung Haji Mahad tadi sangat kuat. Seolah-olah ada sesuatu. Aku mesti siasat siapa dia. Dah 2 kali aku kena ni. Aku takkan berdiam diri. Sebelum macam-macam rupa lagi hantu tu menyamar, aku mesti lakukan sesuatu.





BAHAGIAN AKHIR


“Rul, cepat lah!” jerit ayah aku dari luar rumah.

“Ya, ayah. Kejap!” jawab aku sambil kelam kabut cuci tangan. Nasi pun tak sempat tambah. Lepas tu aku terus meluru keluar. Malam ini ada meeting tergempar di balairaya kampung aku. Cerita hantu huru harakan kampung aku ni dah sampai ke pengetahuan Tok Penghulu kampung.



Sampai di balairaya, Wak Man dah tercegat tunggu ayah aku di luar. Berkepul-kepull asap rokok daun keluar dari mulut dan hidungnya, naik ke angkasa. Kelihatan di dalam balairaya, orang kampung agak ramai yang datng malam ni. Aku dropkan ayah di depan balairaya dan park motor di bawah sebatang pokok di sisi dewan.



“Tok dah sampai?” aku dengar ayah ajukan soalan pada Wak Man.

“Dah. Aku tunggu kau je ni. Kita masuk sama-sama,” kata Wak Man.

“Eh mengada-ngada. Masuk saja lah,” balas ayah aku. Ayah aku pun melangkah masuk ke dalam balairaya, diikuti Wak Man di belakang dan juga aku. Kami duduk sebaris di barisan ketiga dari depan.



“Baik, Assalamualaiku semua. Terima kasih lah sudi datang ke mesyuarat tergempar kampung kita malam ni,” kata Tok Penghulu.



“Waalaikumussalaaammmm..” bergema balairaya bila salam dijawab sama-sama. Macam kita kata Aaminn ramai-ramai masa sembahyang berjemaah.

“Saya rasa ramai dah sedia maklum, ada gangguan aneh berlaku kat kampung kita ni sebaik sahaja kita menyambut Aidilfitri baru-baru ini. Betul kan?” tanya Tok Penghulu.

“Betul, betul!”

“Ya, benar Tok!”

“Ya Tok, ada Tok!”

Lalu suasana mesyuarat di balairaya itu pun bertukar menjadi seperti sebuah pasar. Semua orang nak bercakap. Hingar bingar dan riuh rendah.



“Sini! Sini! Dengar Sini!”

‘Bammm! Bammm!’ Jerit Tok Penghulu sambil menepuk meja. Secara tiba-tiba suasana gamat tadi bertukar hening. Sunyi sepi. Yang kedengaran hanya lah bunyi ‘kreeuuukk kreeeukkk’ kipas siling yang berpusing di siling balairaya itu.

“Okay. Saya nak tahu. Siapa yang dah diganggu hantu raya ni?”



Aku laju-laju bangun, “Saya Tok!”

“Hah, Azrul. Kena macam mana?” tanya Tok Penghulu.

“4 kali Tok! 4 kali! Pertama dia berupa macam arwah Mak Jah. Kedua dia berupa anak buah saya. Malam yang sama, dia jadi Kakak ipar saya. Terbaru semalam Tok. Dia jadi Imam,” kata aku sambil jari aku dihalakan ke arah Imam yang duduk di sebelah Tok Penghulu. Imam pun terkejut.



“Imam pun dia nak jadi ni,” kata Tok Penghulu.

“Lagi siapa lagi?” tanya Tok Penghulu lagi.

“Saya Tok! Orang rumah saya. Melompat-lompat macam beruk. Nasib baik ada Wak Man. Dia ubatkan,” kata Bidin.

“Lagi?” tanya Tok Penghulu lagi.



“Wak Man Tok! Dia pun kenna. Tinggal bini pergi kebun! Kahkahkah!” kata bapak aku lalu disambut gelak tawa menggamatkan dewan. Tok Penghulu turut ketawa. Imam mengetap gigi menahan ketawa.



“Celaka kau Murah. Malukan aku! Hahaha!” kata Wak Man. Dan dewan gamat sekali lagi dengan tawa kami semua.

Tiba-tiba!

“Alamakkkk black out pulakkkkk!” Gelap gelita balairaya. Black out secara tiba-tiba.



“Seman, kau checkkan suis box tu kejap. Tendang ke apa?” arah Tok Penghulu pada Abang Seman, memandangkan dia berada paling hampir dengan kotak suis. Abang Seman bangun menurut perintah.

“Tak Tok. Memang black out ni,” jawab Abang Seman.

“Baru nak bincang, black out pulak,” kata Tok Penghulu.

“Tok, tunda je lah Tok, hari lain. Nyamuk ni!” jerti salah seorang penduduk kampung. Aku tak cam siapa sebab dalam gelap.

“Haah nyamuk Tok!”

“Ya Tok nyamuk!”



Sekali lagi, kecoh. Tok Penghulu membuat keputusan mesyuarat ditunda pada malam esok. Dalam keriuhan itu,

“Heeehiiiiiihihihihihi……”

Terdengar satu hilai tawa yang amat kuat lagi nyaring. Suasana menjadi diam secara tiba-tiba. Yang kelam-kabut nak balik tadi semuanya tak jadi nak balik. Takut nak keluar dari balairaya.



“Bunyi apa tu, hah?” aku dengar suara Tok Penghulu.

“Pontianak!” jawab Wak Man.

“Hah? Pontianak? Mana??” jerit Tok Penghulu.

“Mana aku tahu,” selamba jawapan Wak Man.

“Imam tolong buat sesuaaa…”

‘Bukkkk!’

Aku tak tahu bunyi apa. Aku suluh pakai lampu suluh pada henfon aku pun tak nampak apa-apa.



“Sabar semua. Dia datang singgah saja tu. Dia dah pergi dah. Saya dah halau,” kata Imam.

“Ooohhh…singgahhh..” orang kampung seperti serentak bercakap ayat yang sama.



‘Kreeeuukkk..kreeeukkk’

‘Tap! Tap! Tap!’

Kipas berpusing. Lampu dalam balairaya menyala. Letrik ada semula. Aku dan orang kampung rasa lega.



“Mana Tok?” tanya Pak Musa, orang kampung aku.

Semua melilau sekeliling balairaya. Cari Tok Penghulu. Namun kami tak nampak dia di mana.

“Sini! Sini! Tok pengsan!” jerit Imam. Bunyi bukkk tadi adalah bunyi Tok Penghulu pengsan dan terbaring di bawah meja.

“Okay. Muktamad kita tangguh mesyuarat ni. Seman, Bidin, Anuar, mari tolong saya. Angkat Tok Penghulu masukkan dalam kereta saya. Kita hantar dia ke rumah dia,” arah Imam.



Kami pun bersurai dari mesyuarat yang tidak memberi apa-apa keputusan.

“Ayah, ayah balik dulu lah. Orang nak lepak dengan kawan orang jap. Nanti orang suruh dia hantar orang balik,” kata aku pada ayah aku. Aku nak lepak dengan Sam, Khairul dan Omar. Kawan-kawan aku.

“Hah, yelah. Jangan balik lambat sangat kau tu. Musim-musim hantu ni,” pesan ayah pada aku. Lepas tu dia gerak balik. Kami tak ke mana pun. Berborak di depan balairaya saja. Di bwah lampu jalan , di satu simpang. Begini lah kami budak-budak kampung.



“Rul, kau sampai 4 kali kena ya? Ada apa-apa ke kau ni?” tanya Sam pada aku.

Ada apa-apa apa? Mana aku nak tahu. Dah memang nasib aku nak kena. Nak buat macam mana. Itu lah jawapan aku pada Sam.

“Bapak kau baik dengan Wak Man. Takkan kau tak tahu? Diorang mesti tahu punya kerja siapa ni,” celah Khairul pula.



Aku cuma menggelengkan kepala. Aku tidak fokus pada apa yang mereka buallkan. Kerana mata aku tertumpu pada seseorang yang sedang berdiri tegak di celahan belukar beberapa meter dari tempat aku melepak. Cahaya lampu jalan yang menerangi kawasan situ membolehkan aku melihat orang itu dengan jelas.



“Weh, weh! Tu siapa ha?” tanya aku pada kawan-kawan aku.

“Mana?” tanya Sam.

“Tu, tu! Celah semak tu. Berdiri je pandang kita tu,” kata aku sambil memuncungkan mulut ke arah sana.

“Mana Rul? Aku tak nampak apa-apa pun? Ahh kau macam-macam lah,” kata Omar.



Aku malas nak cakap banyak. Aku bangun dan terus berjalan menuju ke semak yanng aku nampak seseorang tadi. Sam, Kharul dan Omar mengikut di belakang. Sampai saja di kawasan tersebut, orang itu dah tak ada.



“Kan aku dah kata. Azrul ni aku rasa dia dah terbuka hijab ni. Nampak hantu, kita tak nampak,” kata Khairul.

“Betullah. Aku nampak kat sini tadi!” aku jawab dengan penuh pasti.



DI celah semak ini terdapat satu lorong kecil. Lorong ini jika diikut, akan membawa kita masuk ke dalam hutan yang agak tebal di belakang semak samun ini. Aku perhatikan lorong ini hingga ke hujungnya. Adakah orang tadi hilang setelah melalui lorong ini lepas tu dia lesap di dalam hutan sana? Aku berfikir. Aku renung saja ke dalam hutan tersebut. Dan aku nampak ada satu cahaya nun jauh di dalam hutan. Cahaya putih seperti lampu rumah orang.



“Ada rumah ke dalam hutan tu?” aku tanya pada kawan-kawan aku.

Mereka semua jawab tak ada. Aku pun tak tahu kerana sepanjang aku hidup di dalam kampung ini, belum pernah aku masuk sampai ke dalam hutan yang tebal itu.

“Ayah mesti tahu ni,” bisik hati aku.



“Weh jom hantar aku balik. Aku rasa tak sedap badan lah,” kata aku. Aku bukan tak sedap badan. Tapi aku nak tahu pasal hutan yang aku lihat cahaya tadi.

“Ek eleh. Baru je lepak dah nak balik?” kata Omar. Aku cuma mengangguk. Mereka pun hantar aku balik.



Naik saja ke rumah, aku terus bertanya pada ayahh aku tentang rumah dalam hutan itu. Payah juga aku nak ceritakan sebab ayah aku tak pasti hutan sebelah mana yang aku maksudkan.

“Setahu ayah, dalam hutan tu rumah tak ada. Pondok ada lah. Orang cari rotan, cari akar kayu, diorang buat pondok dalam tu. Bermalam kat sana. Tapi sekarang dah tak ada orang masuk hutan cari rotan lagi dah lepas kes Kasim Kambing hilang banyak hari dulu tu,” ujar ayah panjang lebar.



Kasim Kambing ni pengembala kambing kat kampung aku. Dia pernah hilang 8 hari dalam hutan tu. Katanya kena sorok dek bunia. Lepas 8 hari, Kasim ditemui dalam hutan tu bertelanjang bulat. Sebab apa, aku tak tahu. Aku rasa musykil. Siapa orang tadi, cahaya apa yang aku lihat dalam hutan tu tadi. Itu 2 soalan yang kuat dalam kepala aku malam tu.



Siang keesokannya, aku sendirian menuju ke lorong kecil yang aku tengok malam tadi. Aku teragak-agak mahu masuk ke dalam hutan atau tidak. Bermacam andaian bermain di kepala. Bagaimana jika aku hilang macam Kasim Kambing? Atau ada binatang buas? Atau jadi apa-apa kat aku danorang tak tahu? Tapi hati aku kuat rasa teringin ke dalam hutan ini.



“Ahhh masuk jelah!” kata aku. Laluaku melangkah tanpa toleh ke belakang lagi. Semak samun di kiri kanan aku redah. Dah berpuluh meter perjalanan aku, aku belum nampak apa-apa rumah atau pondok kecil di depan. Sehinggalah, selepas aku menyeberang sebatang sungai yang ada dalam hutan ini, aku nampak sebuah pondok. Aku hampiri pondok tersebut.

Terdapat 1 beg pakaian di pondok itu namun tak ada sesiapa di situ. Terdapat satu bara yang masih berasap dan beberapa uncang kecil yang aku tak tau apa isinya.



Sedang aku melilau mencari manusia lain yang ada di kawasan sekitar selain aku, aku merasakan ada hembusan angin menyapa ke muka. Namun pokok-pokok tidak bergoyang. Rasa seram muncul tiba-tiba. Rasa meremang hingga dada aku rasa berdebar-debar.

Aku tak yakin aku dapat bertahan lama di dalam hutan ini. Lalu aku ambil keputusan untuk segera balik ke rumah dan cari ayah aku. Tak sabar aku nnak cerita kat dia apa yang aku lihat tadi. Melintasi kawasan rumah aku, aku tengok motor ayah aku tak ada di depan rumah. Sah, ke kebun lah ni. Aku terus ke sana.



Sampai di kebun, aku nampak Wak Man sedang berborak dengan ayah aku. Aku ceritakan pada ayah dan Wak Man apa yang aku lihat tadi dan lelaki misteri yang aku nampak malam tadi.



“Kalau pondok tu bukan pondok orang cari rotan,” kata Wak Man.

“Habis?” tanya aku.

“Dulu ada orang buat pemujaan kat dalam pondok tu. Kau lupa ke Murad?” tanya Wak Man pada ayah aku. Ayah aku tersalah tempat rupanya.

‘Betul ke kau nampak ada beg pakaian, macam ada orang tinggal kat situ?” tanya ayah aku.

“Betul yah. Kalau tak percaya jom pergi sekarang, orang bawak,” kta aku pada ayah dan Wak Man.

“Tunggu. Bukan sekarang. Malam nanti,” kata Wak Man. Kami pun meninggalkan kawasan kebun ini.



Malamnya, aku dan ayah bergerak ke rumah Wak Man selepas makan malam di rumah.

“Dah siap semua?” tanya Wak Man pada ayah. Ayah anggukkan kepala.

“Naik kereta aku. Ada kelapa kat belakang,” kata Wak Man lagi. Aku dan ayah hanya mengikut arahan Wak Man.



Dalam kereta kami bertiga diam sahaja, tak ada apa nak dibualkan. Sehingga lah sampai ke belukar yang aku maksudkan.



“Sini tempatnya?” tanya ayah aku.

“Hah, sinilah,” jawab aku.

“Sah, barang kau buang ada yang kutip dan bela, Man,” kata ayah aku pada Wak Man.

Aku tak faham apa maksud ayah.

“Dah, jom kita masuk dalam,” kata Wak Man.



Wak Man mengepalai rombongan kami malam tu masuk ke dalam hutan tebal ini. Aku di tengah dan ayah di belakang. Asalnya aku di belakang tapi ayah suruh aku berjalan di depan dia, lambat katanya.



“Sekejap,” kata Wak Man tiba-tiba.

Kami tersentak dan berhenti berjalan. Wak Man memandang aku.

“Siapa suruh kau balik sini lagi??!!” tiba-tiba Wak Man menjerit ke arah aku. Aku terpinga-pinga. Apasal tiba-tiba saja orang tua ni?

“Balik apanya Wak?” aku tanya dia balik.

“Bukan kau lah!” pintas bapak aku. Aku jadi makin pening. Aku pandang ayah aku. Ayah aku letakkan jari telunjuk di mulutnya, isyarat supaya aku diam.

“Aku nak tahu siapa bawak kau balik! Kan aku dah halau kau lama dah??” sekalilagi Wak Man menjerit.



Tiba-tiba pokok besar berhampiran kami bergoncang kuat. Angin tak ada. Pokok lain kaku tapi pokok besar itu saja yang bergegar.



“Hilang pulak dia!” kata Wak Man. Kami teruskan perjalanan. Aku rasa siang tadi aku berjalan tidak sejauh ini, aku dah jumpa pondok. Malam ini terasa jauh pula, pondok itu masih belum jumpa.



“Semua yang aku dah buang ni Murad. Tu, nampak? Pocong. Sana tu, langsuir. Hah, hujung sana. Hantu galah. Kau nampak?” tanya Wak Man pada ayah aku.

Aku masa ni terbeliak mata. Macam tu je Wak Man dengan ayah aku main tunjuk-tunjuk hanntu? Macam tunjuk pokok. Tu pokok pisang, pokok rambutan. Macam tu je.



“Rul!” tiba-tiba nama aku dipanggil. Bukan Wak Man dan bukan ayah yang panggil. Aku toleh ke belakang.

“Eh Sam! Kau buat apa kat sini?” tanya aku lalu berjalan menuju ke arah Sam.

“Sam kepala hotak kau. Tak payah pergi!” kata Wak Man. Aku berhenti tercegat kat situ.

“Hantu Raya tu.”kata ayah aku.

Terbeliak sekali lagi mata aku. Apa kena dengan kampung aku ni? Siapa lepaskan hantu kat kampung aku ni?



“Assalamualaikum!” Tiba-tiba ada seseorang memberi salam. Kami tiga-tiga menoleh ke arah suara itu.

Ini lelaki yang aku nampak malam semalam.

“Dia ni yah! Dia ni lah yang orang nampak tu!” kata aku beriya-iya pada ayah.



Lelaki itu mengajak kami ke pondok kecil itu. Memang benar, dia tinggal di situ. Dia bukan orang kampung aku. 3 hari selepas raya dia masuk kampung aku dan dia ada hajat besar.



“Saya memang nak jumpa Wak Man sebenarnya,” kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Agus.

“Nak jumpa aku? Untuk apa?” tanya Wak Man.

“Saya dah menanggung macam-macam Wak. Saya tak larat,” kata Agus.

“Aku tak faham. Cuba kau cerita,” kata ayah.



Bapa saudaranya orang Indonesia. Pernah tinggal di kampung ini, di pondok ini kerana kerjanya mencari hasil hutan. Suatu malam, dia pernah ternampak Wak Man masuk ke hutan ini dan ‘membuang’ saka pesakitnya di sungai yang berdekatan dengan pondok ini.



Mulanya pakciknya tak tahu apa yang dibuang oleh Wak Man sehingga dia mengambil kelapa yang dihanyutkan Wak Man pada malam itu dan berlaku kejadian aneh selepas itu. Muncul satu lembaga dari kelapa itu merayu minta dibela dan dijaga dan lembaga itu berjanji akan berkhidmat pada pakcik beliau. Sejak hari itu, kerja pakcinya menjadi mudah. Dia tak perlu berpenat lelah mencari hasil hutan, segalanya sudah disiapkan oleh lembaga tersebut.



Kemudian sekali lagi dia nampak Wak Man masuk ke hutan ini dan pergi ke sungai, dan dia mengambil yang dibuang Wak Man. Selesai saja kerja di hutan ini, pakciknya berhijrah ke bandar. Waktu pertama kali dia pindah ke bandar dia tiada tempat tinggal, dia menumpang di rumah Agus.



“Tak apa. Nanti cerita. Kita selesaikan masalah ni dulu!” kata Wak Man.

Wak Man arahkan aku dan Agus keluar dari hutan ini dan pergi ke keretanya untuk ambil kelapa-kelapa yang ada dalam keretanya.



Aduh. Kenapalah dari tadi tak bawa terus, dengus hati aku. Dalam perjalanan keluar itu, bermacam benda aku hadap. Ada yang bertenggek di dahan pokok sambil mengilai melihat aku. Ada juga yang terlompat-lompat di celah lalang, ada yang terbang! Aku tak tau mana datang keberanian aku malam tu, bersahaja je aku lihat benda-benda alah ni.



Selesai angkut kelapa Wak Man tu, aku duduk di atas seketul batu besar di tepi sungai. Wak Man bersila di atas pondok dan ayah di sebelahnya.

“Buka kelapa tu,” kata Wak Man pada ayah. Kelapa sebanyak 5 biji yang dipotong sebelah atasnya dibuka ayah. Terkumat kamit mulut Wak Man selepas itu.



“Uuuuuuuuuuu……”

Aku terdengar bunyi tangisan, merengek-rengek merintih. Bulu roma aku meremanng.

“Balik!” jerit Wak Man sambil menepuk lantai. Satu kepulan asap aku nampak memasuki salah satu kelapa yang disusun di hadapan Wak Man. Ayah terus tutup kelapa tu.



Tiba-tiba, pokok di sebelah aku bergegar. Kuat. Aku terkejut dan bingkas bangun, menghampiri ayah.

“Apa tu yah?” tanya aku.

“Pontianak,”jawab ayah.

“Balik!” sekali lagi Wak Man menjerit. Berlaku perkara yang sama. Kepulan asap masuk ke dalam kelapa itu.

Selepas itu aku rasa sesuatu. Bahu aku terasa lenguh dan rasa berat sangat. Wak Man ketika itu sedang fokus membaca ayat suci menoleh ke arah aku dan lama dia merenunng aku dengan wajah yang garan.



“Turun! Kau duduk buat apa atas bahu dia?! Balik!!” jerit Wak Man.

Secara tiba-tiba bahu aku ringan selepas itu. Menurut ayah, ada lembaga yang bertenggek atas bahu aku masa tu.



Sehinggalah penuh kelapa kelima, Wak Man berhenti upacaranya dan dia lepaskan satu persatu kelapa itu ke sungai.



“Dah. Selesai semuanya,” kata Wak man.

“Alhamdulillah. Aman balik kampung kita ni. Boleh lah sambung beraya,” kata ayah aku.



Kejadian yang berlaku ni merencatkan suasana hari raya di kampung aku. Belum pernah berlaku lagi kejadian seperti ini sebelum ini. Dan kini segalanya aman. Yang berupa wajah arwah Mak Jah, Aina, Kak Su, Mak Kinah, yang menimpa isteri Bidin, semuanya angkara hantu-hantu ini.



“Terima kasih Wak Man. Terima kasih pakcik dan semua,” ujar Agus pada Wak Man, ayah dan aku.

“Sekejap,” kata Wak Man.

Kami semua memandang Wak Man.



“Aku ada kenal juga orang yang tinggal kat pondok ni dulu masa buat kerja hutan. Siapa nama pakcik kau?” tanya Wak Man pada Agus.

“Karno, Wak. Karno. Dia sekarang aku nggak tau dia di mana. Hilang,” kata Agus.



TAMAT.

 
Back
Top
Log in Register