BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Dalam Talian Di Labuan, Tahan 13 Warga China

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
0ca6814fa8d383d4d2d34f080f9806d169aa63f21f7f2

6c2369051aecce615fe68e24b439e2e969aa63fe36027

Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 13 warga China dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Pulau Buah, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Mohd Hamizi Halim (tengah) berkata serbuan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Labuan selepas bertindak hasil risikan dan maklumat orang awam.


Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 13 warga China dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Pulau Buah, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata serbuan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Labuan selepas bertindak hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Siasatan awal mempercayai sindiket terbabit memindahkan operasi mereka dari bandar-bandar utama ke Labuan sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata ini merupakan kali pertama polis mengesan sekumpulan warga China yang mengendalikan sindiket penipuan dalam talian di pulau bebas cukai itu.

Siasatan lanjut, katanya sedang dijalankan termasuk mengenal pasti dalang terlibat.

Mohd Hamizi berkata kesemua warga China itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 47 tahun kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan.

Empat daripada mereka turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah manakala polis turut merampas 21 komputer serta 83 telefon bimbit disyaki digunakan dalam aktiviti penipuan itu.

Mohd Hamizi berkata sejak Januari lepas hingga kini, sebanyak 26 kes jenayah komersial berkaitan penipuan dalam talian telah dilaporkan di Labuan melibatkan kerugian RM688,319.50.

 
Back
Top
Log in Register