BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpas Sindiket Seludup Imigran Indonesia, Serbu Premis Lombong Bitcoin Haram

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin warga Indonesia melibatkan 40 individu dalam serbuan di sekitar Jalan Besar Segari ke Batu Hilal dekat Segari pada 4 April lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam berhubung pergerakan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 40 warga Indonesia berjaya ditahan selain seorang wanita tempatan yang dipercayai berperanan sebagai ‘pengangkut’ untuk membawa masuk dan memindahkan pendatang ke lokasi tertentu.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 26A dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata pihak polis kemudiannya mempergiat operasi susulan bagi mengekang kemasukan imigran melalui laluan tidak sah, khususnya di kawasan pesisir pantai.

Beliau berkata dalam operasi susulan dengan kerjasama Polis Marin Kampung Acheh pada 2.30 pagi semalam, sebanyak 10 lagi warga Indonesia ditahan di kawasan pesisir pantai Kampung Sungai Lombong dekat Lekir kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pada hari sama, tujuh lagi individu warga Indonesia turut ditahan di lokasi berasingan, sekali gus menjadikan keseluruhan tangkapan dalam operasi susulan ini sebanyak 17 orang,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Hasbullah berkata polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menumpaskan kegiatan perlombongan bitcoin haram dalam satu serbuan semalam.

"Empat premis diserbu selepas disyaki membuat penyambungan elektrik secara tidak sah bagi menjalankan operasi mesin perlombongan bitcoin.

 
Back
Top
Log in Register