Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Polis Tumpaskan Sindiket Lombong Bitcoin Curi Bekalan Elektrik, TNB Rugi Lebih RM67,000
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad (tengah) bercakap pada sidang media berhubung kejayaan polis menumpaskan satu sindiket yang menjalankan aktiviti perlombongan mata wang kripto secara haram dengan menggunakan bekalan elektrik curi dalam operasi khas pada 22 dan 23 Julai lepas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.
Polis Johor menumpaskan sindiket yang menjalankan aktiviti perlombongan mata wang kripto bitcoin secara haram menggunakan bekalan elektrik yang dicuri daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), menerusi serbuan di empat premis di sekitar Iskandar Puteri, Johor Bahru Utara (JBU) dan Kulai pada Rabu lepas dan semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata serbuan menerusi Ops Letrik itu dijalankan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama-sama pasukan SEAL TNB Cawangan Selatan.
Beliau berkata dalam operasi berkenaan, tiga lelaki berumur antara 26 hingga 46 tahun, terdiri daripada tiga lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perlombongan bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik milik TNB.
"Empat premis telah diserbu masing-masing dua di sekitar Iskandar Puteri, satu di Johor Bahru Utara dan satu di Kulai.
"Dalam serbuan tersebut, pihak polis merampas 71 mesin perlombongan mata wang kripto, dua komputer, dua komputer riba, lima router, enam mangga kunci pelbagai jenama, dua monitor, dua papan kekunci komputer, sebuah tetikus, tiga rangkai kunci, sebuah telefon bimbit dan dua kenderaan," katanya dalam sidang media di IPK Johor, di sini hari ini.
Ab Rahaman berkata siasatan awal mendapati sindiket terbabit telah beroperasi selama kira-kira sebulan sebelum ditumpaskan hasil risikan dan perkongsian maklumat antara polis dengan pihak TNB.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai menggunakan kaedah sambungan terus atau tapping tanpa melalui meter elektrik yang sah daripada TNB bagi membolehkan aktiviti perlombongan bitcoin dijalankan tanpa membayar bil elektrik mengikut kadar tarif sebenar.
Ab Rahaman berkata hasil semakan TNB juga mendapati anggaran kerugian yang ditanggung syarikat utiliti itu akibat aktiviti perlombongan mata wang kripto di empat premis berkenaan adalah sebanyak RM67,502.30 bagi tempoh kira-kira sebulan.
Keempat-empat premis yang diserbu itu, katanya, ialah tiga rumah kediaman dan satu rumah kedai yang disewa dan dipercayai digunakan oleh sindiket untuk menjalankan kegiatan perlombongan Bitcoin secara haram.