BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Serbu Premis Lombong Bitcoin Haram Di Teluk Intan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
42498e8b90139d1edab5ba2e1c56432f690c6032d6886

Foto kredit : IPD Hilir Perak

Polis berjaya menumpaskan kegiatan perlombongan bitcoin secara haram dalam serbuan di sebuah premis di Taman Lagenda, dekat Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata operasi bersepadu dari 2 hingga 6.30 petang itu dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).

“Hasil pemeriksaan pasukan TNB mengesahkan wujud penyambungan elektrik secara haram yang digunakan bagi tujuan perlombongan mata wang digital.

"Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa bilik dalam premis berkenaan telah diubah suai menjadi bilik khas menempatkan mesin perlombongan bitcoin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bakri berkata turut dirampas 66 unit mesin perlombongan bitcoin, beberapa modem serta peralatan sokongan yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan pemilik premis serta individu yang terlibat sedang dikenal pasti.

 
Back
Top
Log in Register