BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Guru Bantu Siasatan Kes Amang Seksual Murid Lelaki Di Mersing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Guru Bantu Siasatan Kes Amang Seksual Murid Lelaki Di Mersing​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Seorang guru ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang murid sekolah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata suspek lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 5.50 petang, susulan laporan diterima berkaitan kes melibatkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah.

"Turut dirampas sebuah telefon bimbit dan siasatan masih di peringkat awal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek direman lima hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) bagi Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 
Back
Top
Log in Register