BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Ejen Tarik Kereta, Rampas 6,000 Pil Yaba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Ejen Tarik Kereta, Rampas 6,000 Pil Yaba​

21f05c84276fa584ec1fdb9dca0bcf336a54cc9ce08ce

e02b8c9212d92cf9872aadf2abc3355b6a54ccc2a362d

Kredit: IPD Tumpat

Polis menahan seorang ejen penarik kereta dan merampas 6,000 biji pil yaba bernilai kira-kira RM60,000 dalam serbuan di Jalan Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada 3.30 petang ketika berada di dalam kereta Perodua Axia.

“Pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan satu bungkusan mengandungi 30 paket plastik pil yaba dengan anggaran berat 610 gram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Khairi menyeru orang ramai supaya terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah kepada polis.

 
Back
Top
Log in Register