BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 73 Mesin Lombong Bitcoin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 73 Mesin Lombong Bitcoin​

0799ae68ac9929a82f28ac062123e96460a336844f19d


Polis berjaya menumpaskan kegiatan perlombongan bitcoin menggunakan sambungan bekalan elektrik secara haram selepas menahan dua lelaki menerusi tiga serbuan di lokasi berasingan di sekitar Tronoh, Batu Gajah, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad berkata serbuan menerusi Ops Elektrik pada 9.02 malam itu dijalankan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah bersama-sama pasukan SEAL Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Polis menahan dua lelaki tempatan berumur 40 dan 52 tahun bagi membantu siasatan selain merampas 73 unit mesin perlombongan bitcoin serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.

“Pemeriksaan teknikal oleh pihak TNB mengesahkan berlaku kecurian bekalan elektrik di dua premis rumah kosong terbiar dan satu premis rumah kosong yang tidak diduduki,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman tiga hari bermula 29 Julai bagi membantu siasatan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan kediaman dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3629222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

 
Back
Top
Log in Register