BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Tahan Empat Lelaki, Rampas Kayu dan Mesin RM602,100

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

PGA Tahan Empat Lelaki, Rampas Kayu dan Mesin RM602,100​

8104850be4b652651096a5dd3e4951086a7dcb3375c57

fdfa3a16cd48f524047225439d01815b6a7dcb471c9a2

Kredit: PGA Briged Tenggara

Empat lelaki termasuk pemilik sebuah stor kayu ditahan manakala kayu dan mesin pemprosesan bernilai keseluruhan RM602,100 dirampas dalam serbuan Ops Taring Wawasan Kelantan di sebuah stor kayu di Kampung Bukit Kechik, Tanah Merah sini, hari ini.

Serbuan pada 11.30 pagi itu dilakukan pegawai dan anggota Strike Force Kompeni B, Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, Pahang, dengan bantuan anggota risikan batalion berkenaan serta Jabatan Perhutanan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata dalam serbuan di stor Syarikat Bukit Kechik Wood Timber Enterprise itu, pihaknya menahan pemilik stor berusia 60 tahun serta tiga pekerjanya yang berumur antara 24 dan 50 tahun.

"Kesemua mereka ditahan selepas pemeriksaan mendapati stor berkenaan memiliki dan memproses kayu tanpa cukai yang sah. Pemilik stor mengemukakan lesen pengoperasian, namun gagal mengemukakan dokumen berkaitan cukai pemilikan kayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata pemeriksaan di kawasan stor turut menemukan 4,007 batang kayu yang telah dipotong dalam pelbagai saiz, 107 batang kayu bulat serta 62 batang kayu bulat yang belum dipotong.

Ahmad Radzi berkata pemeriksaan di kawasan stor turut menemukan 4,007 batang kayu yang telah dipotong dalam pelbagai saiz, 107 batang kayu bulat serta 62 batang kayu bulat yang belum dipotong.

Turut dirampas ialah dua unit mesin Bandsaw dan dua unit mesin Cross Cut yang digunakan untuk memproses kayu berkenaan.

“Kesemua barang kes dianggarkan bernilai RM602,100 dan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Kelantan untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya.

Bedliau berkata siasatan awal mendapati stor berkenaan telah beroperasi kira-kira 15 tahun dan pemiliknya mendapatkan bekalan kayu daripada pekebun di sekitar Tanah Merah sejak kira-kira 10 tahun lalu.

 
Back
Top
Log in Register