BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Tahan Lelaki, Rampas 15 Lembu Tanpa Dokumen

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PGA Tahan Lelaki, Rampas 15 Lembu Tanpa Dokumen​

c3543b4e94caa8d0e0acfd53f73686db6a6a23baaa2d2

Kredit: PGA

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki bersama sebuah lori yang membawa 15 ekor lembu pedaging tanpa dokumen lengkap dalam Ops Taring Wawasan Kelantan di Kampung Chabang Empat, Chetok, Pasir Mas, hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata pemeriksaan dilakukan pada 2.30 petang oleh sepasukan pegawai Strike Force Kompeni B, Batalion 7 PGA Kuantan yang sedang menjalankan rondaan di kawasan tanggungjawab Jeram Perdah sebelum mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata pasukan itu kemudian menahan lori berkenaan di tepi Jalan Pasir Mas-Tanah Merah sebelum pemeriksaan mendapati pemandunya gagal mengemukakan dokumen lengkap berkaitan ternakan yang dibawa.

"Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Turut dirampas sebuah lori jenis Hino dan 15 ekor lembu pedaging dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM340,000.

"Kes itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata siasatan awal mendapati suspek membawa lembu berkenaan dari sebuah kandang di Kampung Palas Merah, Wakaf Bharu, Tumpat dan menerima upah RM250 bagi setiap penghantaran.

 
Back
Top
Log in Register