BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Tahan 15 Individu, Rampas Peralatan Melombong Emas Hampir Setengah Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PGA Tahan 15 Individu, Rampas Peralatan Melombong Emas Hampir Setengah Juta​

9a72d5af6c4077d8d3f39611bba274e06a86fd594c7f4

a24ea4385dfd223688c5b52d2794893f6a86fd69db6a8

2a875674e372b2e0a2e30ea3969842366a86fd7ed1ac9

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain (kiri) menunjukkan emas yang dilombong semasa meninjau kawasan perlombongan haram di Bukit Kor, hari ini.

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 15 individu dan merampas pelbagai peralatan perlombongan bernilai RM449,000 dalam Ops Gali Mega Zon Timur di Bukit Kor, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 15 individu dan merampas pelbagai peralatan perlombongan bernilai RM449,000 dalam Ops Gali Mega Zon Timur di Bukit Kor, dekat sini hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata suspek termasuk seorang warga Vietnam dan 10 Kemboja berusia antara 20 hingga 40 tahun dipercayai menjalankan aktiviti perlombongan emas secara haram.

“Siasatan mendapati aktiviti perlombongan di kawasan seluas 4.05 hektar itu dikendalikan seorang wanita Kemboja dikenali sebagai Mak Siti dari bulan lepas.

“Serbuan merampas masing-masing sebuah jentera berat dan pemecah batu, pam air (lapan), generator (tiga) dan pengayak emas (dua),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ahmad Radzi berkata operasi dilaksanakan oleh dua pegawai dan 10 anggota PGA Batalion 9 dengan bantuan beberapa agensi termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata modus operandi suspek melibatkan penggalian lubang hingga kira-kira enam meter sebelum tanah dan batu dikeluarkan menggunakan jentera untuk dibawa ke kawasan pemprosesan.

Bahan itu kemudiannya dihancurkan, dibersihkan, ditapis dan diayak untuk mendapatkan emas sebelum dijual kepada peniaga tempatan dikenali sebagai Pak Lang.

Siasatan juga mendapati pelombong mampu mendapatkan hasil lumayan, iaitu hingga 40 gram emas sehari.

“Penemuan ini menunjukkan perlombongan emas haram di Bukit Kor bukan sekadar aktiviti penggalian kecil-kecilan sebaliknya dipercayai mempunyai rantaian operasi tersusun bermula daripada penggalian, pengeluaran bahan, pemprosesan, pengasingan emas hingga pemasaran,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register