BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Tahan Empat Individu, Rampas Peralatan Lombong Emas RM1.135 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

PGA Tahan Empat Individu, Rampas Peralatan Lombong Emas RM1.135 Juta​

1a17a932421947262cc44dbeef50f2ef6a8a9d9f4bbed

63487c44433b27b7b6b97109359209576a8a9e81ee8e1

Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara

Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan kegiatan perlombongan emas haram di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, melibatkan rampasan peralatan bernilai RM1.135 juta dan menahan empat lelaki termasuk seorang warga China semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan kira-kira 4 petang itu, dijalankan Pasukan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA menerusi Ops Gali Mega (Zon Timur) hasil maklumat risikan.

Beliau berkata pemeriksaan di lokasi menemukan masing-masing dua jengkaut, palong, mesin penyedut, dan set janakuasa, 51 keping karpet rumput pelbagai saiz serta tiga gulung karpet rumput dipercayai digunakan dalam aktiviti perlombongan emas.

“Seorang daripada suspek turut mengemukakan salinan permohonan permit mengeluarkan pasir di Sungai Nenggiri, Mukim Kuala Betis bertarikh 31 Jan 2024. Pemeriksaan awal mendapati permit itu dipercayai disalah guna bagi menjalankan aktiviti perlombongan emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata tiada mineral atau emas mentah ditemukan di lokasi berkenaan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri 2001.

Beliau berkata semua peralatan yang dirampas diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Kelantan untuk tindakan lanjut, sementara siasatan diteruskan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap operasi berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register