BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 2,000 Pil Yaba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 2,000 Pil Yaba​

ee1d6412cb3c3b4fe03e7ef7640b0cd46380bf3155131


Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 2,000 pil disyaki pil yaba bernilai kira-kira RM20,000 dalam serbuan di kawasan parkir Medan Selera Bukit Yong, Pasir Puteh, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Saari Yaacob berkata suspek ditahan pada 6.40 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

“Pemeriksaan polis menemukan 10 peket plastik mengandungi pil disyaki yaba seberat 221.41 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing dua suspek itu didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register