combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,139
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,139
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 2,000 Pil Yaba
Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 2,000 pil disyaki pil yaba bernilai kira-kira RM20,000 dalam serbuan di kawasan parkir Medan Selera Bukit Yong, Pasir Puteh, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Saari Yaacob berkata suspek ditahan pada 6.40 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
“Pemeriksaan polis menemukan 10 peket plastik mengandungi pil disyaki yaba seberat 221.41 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ujian saringan awal air kencing dua suspek itu didapati negatif.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.