BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Warga Myanmar Ditahan Bersama 6,000 Pil Yaba Selepas Cuba Lolos Sekatan Polis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Dua Warga Myanmar Ditahan Bersama 6,000 Pil Yaba Selepas Cuba Lolos Sekatan Polis​

1d6786140cbeb4fc3ae497069ae757cc6a60549a6006d

Kredit: IPD Gua Musang

Polis menahan dua lelaki warga Myanmar dan merampas 6,000 biji pil disyaki yaba dalam Ops Tapis Bersepadu di Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kedua-dua suspek berusia 32 dan 36 tahun itu ditahan selepas kenderaan Proton Preve yang mereka naiki bertindak membuat pusingan U sebaik menghampiri sekatan jalan raya di Kilometer 9, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, kira-kira 11 pagi.

Beliau berkata anggota polis kemudian mengejar kenderaan itu dengan bantuan Balai Polis Bertam sebelum kereta berkenaan terbabas dan melanggar sebuah lori di Kampung Kuala Lah berhampiran simpang tiga Jerek-Meranto.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebuah beg silang mengandungi 6,000 biji pil disyaki dadah jenis yaba. Polis turut merampas sebuah Proton Preve, lima unit telefon bimbit dan satu kunci kereta dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM60,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku memiliki dadah berkenaan, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif methamphetamine.

Beliau berkata seorang daripada suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kedua-dua suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sik berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian pengedaran dadah serta individu lain yang terlibat.

 
Back
Top
Log in Register