BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat, Kesan Individu Tabur Paku Di Cybersouth

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Polis Siasat, Kesan Individu Tabur Paku Di Cybersouth​

0aeff7a9f3ad5dc17f25d5d70c88c1f16a867b5dd47e4

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman

Polis sedang menyiasat dan berusaha mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam perbuatan menabur paku di susur kiri Jejambat Cybersouth dekat sini, yang didakwa berlaku berulang kali dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 15 Julai lepas, selain terus menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengesan pelaku.

"Saya pun ada terima lagi e-mel (aduan) semalam. Pengadu mengatakan ada lagi (paku). Kita ada buat pemantauan, tetapi, semasa kita buat pemantauan, (pelaku) tidak ada.

"Saya berharap jika ada maklumat atau rakan-rakan media yang ada maklumat atau orang ramai boleh maklum kepada kita untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama dengan warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

"Perbuatan ini berbahaya kerana di situ selekoh, kalau dia (pelaku) khianat boleh menyebabkan kemalangan," katanya.

Beberapa orang pengguna media sosial sebelum ini berkongsi gambar dan video tentang perbuatan tersebut di kawasan terbabit, dengan mendakwa paku berukuran kira-kira dua inci itu ditabur berulang kali sejak Jun.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya turut meningkatkan pemantauan terhadap dakwaan aktiviti lumba motosikal pada awal pagi di kawasan Salak Perdana yang mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Norhizam berkata beliau telah mengarahkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang untuk menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat itu semalam.

 
Back
Top
Log in Register