BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Kes Lelaki Ditumbuk Berkaitan Tapak Niaga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Siasat Kes Lelaki Ditumbuk Berkaitan Tapak Niaga​

5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tapak perniagaan di hadapan sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Halim Abas berkata pihaknya mengesan video kejadian itu yang tular melalui Facebook kira-kira 8 pagi tadi.

"Semakan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang di lokasi berkenaan. Satu laporan polis telah dibuat pada hari sama kira-kira 9.17 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tapak perniagaan.

Halim berkata pengadu yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun bersama suaminya berusia 47 tahun hadir ke lokasi untuk berbincang dengan pihak terlibat, namun perbincangan menjadi tegang sebelum seorang lelaki berusia 46 tahun menumbuk bahagian atas dahi suami pengadu sehingga menyebabkan berasa sakit.

"Turut berada di lokasi ialah seorang wanita berusia 45 tahun dan seorang lelaki berusia 35 tahun. Tiada sebarang kata-kata ugutan dikesan dan kedua-dua pihak kemudian beredar dari lokasi kejadian," katanya.

Halim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 160 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.

"Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan melalui saluran yang sewajarnya," katanya.

 
Back
Top
Log in Register