BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang Dari Maahad Tahfiz

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang Dari Maahad Tahfiz​

e2b29086ab5c63f115828495c6e8fb9a6a2e44cd55bc1

Muhammad Daniel Azizan Abdullah

Foto : PDRM


Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai meninggalkan sebuah maahad tahfiz di Ulu Kelang, Ampang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata kehilangan Muhammad Daniel Azizan Abdullah disedari guru di maahad berkenaan yang kemudiannya menghubungi ibu remaja itu pada  8.15 malam hari kejadian.

Beliau berkata remaja berkenaan berketinggian kira-kira 175 sentimeter, berat 65 kilogram dan berkulit cerah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-6515201 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya (03-42897222) atau hadir di balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register