BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Hilang Di Kajang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Hilang Di Kajang​

1da3d2f024d78b263972b670173ad6536a4deb14b93d7

Kredit: FB - Polis Daerah Kajang

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata laporan kehilangan Areen Melisha Abdullah diterima pada 6.34 petang semalam selepas mendapati remaja itu tidak pulang ke rumah sejak 6 petang, 5 Julai.

Beliau berkata remaja itu mempunyai ketinggian 138 sentimeter (cm) dan berat 42 kilogram (kg), serta kali terakhir dilihat memakai baju berwarna kelabu, seluar slack hitam serta tudung merah jambu.

“Lokasi terakhir Areen Melisha dilihat ialah di sekitar 7-7 Apartment City Height Sg Chua, 43000 Kajang, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hasan, 019-7691924.

 
Back
Top
Log in Register