BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Mohon Bantuan Kesan Guru KAFA Hilang Sejak Sabtu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Mohon Bantuan Kesan Guru KAFA Hilang Sejak Sabtu​

2d6c21b8c1d4f951970d640c4d0b08136a8da147d7a59

kredit: KAFA Penang

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang guru lelaki Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Sungai Ara dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata usaha mengesan Mohamad Hijazi Zamri, 26, sedang giat dijalankan.

Beliau berkata Mohamad Hijazi berketinggian 155 sentimeter dengan berat 54 kilogram, berkulit sawo matang dan rambut hitam.

“Mohamad Hijazi kali terakhir dilihat memakai baju-T lengan panjang berwarna oren dan seluar panjang hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Mohamad Hijazi diminta menyalurkan kepada polis melalui talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal turut meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, bapa Mohamad Hijazi, Zamri Saidin, 53, berkata anaknya didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar menunaikan solat Isyak di sebuah surau berhampiran rumah.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu sempat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama-samanya dan adiknya sebelum memaklumkan mahu menunaikan solat Isyak di surau dengan menaiki motosikal Yamaha LC berwarna biru.

Zamri berkata Mohamad Hijazi dijadualkan melangsungkan akad nikah pada 2 Sept ini selepas bertunang kira-kira setahun dan segala persiapan perkahwinan telah dilakukan.

 
Back
Top
Log in Register