kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Perempuan 12 Tahun Hilang Di Likas
Polis memohon kerjasama orang awam untuk mengesan seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolah di Likas, semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelajar yang hilang itu dikenal pasti sebagai Gwynne Mia Erbin berbangsa Lundayeh.
Menurut kenyataan itu pelajar itu dilihat kali terakhir pada 5.55 pagi selepas diturunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk, namun didapati tidak hadir ke kelas dan gagal dikesan sehingga kini.
“Ketika kehilangannya, Gwynne dilaporkan memakai pakaian seragam sekolah jenis pinafore berwarna biru, berkasut putih, serta membawa beg berwarna putih bercorak bunga,” menurut kenyataan itu.
Penama tersebut turut disifatkan mempunyai susuk tubuh sederhana, berkulit cerah dan berketinggian kira-kira 155 sentimeter, selain berambut hitam pendek serta bermata coklat.
Ahli keluarga mangsa telah menggerakkan pelbagai usaha pencarian, termasuk membuat hebahan menerusi kumpulan WhatsApp dan komuniti setempat, namun pelajar itu masih belum ditemukan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja itu, diminta segera menghubungi bilik gerakan IPD Kota Kinabalu menerusi talian 088-529222 atau kepada pegawai penyiasat Inspektor Kamarul Rashdan Suffian Long menerusi talian 014-8458490.