BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Minta Bantuan Kesan Wanita Hilang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d996856324cdc1d9e1e9e9d6e6e2248369d2722987568

fb Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi ahli keluarganya sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norizan Yahya, 50, pada 8.46 pagi tadi oleh kakaknya, dengan kali terakhir dilihat pada 7.30 pagi semalam.

“Kali terakhir dia berhubung dengan keluarganya pada 4.44 petang semalam, mengatakan berada di Seremban untuk mencari kerja sebelum kemudiannya tidak lagi dapat dihubungi.

“Wanita itu beralamat terakhir di Kampung Indah, Bahau dengan berketinggian 150 sentimeter dan berat 70 kilogram, kali terakhir dilihat memakai blaus ungu, seluar hitam dan tudung hijau muda serta membawa beg coklat ‘Eco Shop’,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemukan wanita tersebut boleh menghubungi Balai Polis Bahau menerusi talian 06-454 1222 atau Ketua Balai Polis Bahau Insp Annas Fikri Othman menerusi talian 013-621 9196.

 
Back
Top
Log in Register