BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Hilang Di Bentong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
9ae91f095c939be793957a26917f559a69ac0ba9825c5

fb Polis Bentong

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Chegar Medang, Bentong pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman,14, daripada ibunya semalam.

“Wanita itu memaklumkan kali terakhir mereka berjumpa semasa anaknya hendak keluar ke bazar Ramadan pada 6.45 petang 4 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semasa itu, remaja berketinggian 157 sentimeter dengan berat 45 kilogram memakai baju lengan pendek dan seluar jeans hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerusi talian 09-223 1999.

 
Back
Top
Log in Register