BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Pemilik Syarikat Pelancongan Disyaki Terlibat Penipuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5459e208ce593735cd9db8cd9e6ad18069a95ddcae9a4

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis sedang mengesan seorang pemilik syarikat perkhidmatan pelancongan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan melibatkan syarikat berkenaan yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kertas siasatan berhubung perkara itu telah dibuka susulan satu laporan yang diterima.

“Bagi penama tersebut, di Selangor dikesan ada satu laporan telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, kita sedang berusaha untuk melengkapkan siasatan termasuk mengesan individu berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati laporan terhadap individu berkenaan turut dibuat di beberapa negeri dan memerlukan penelitian menyeluruh.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita mendakwa identitinya terus digunakan untuk urusan hutang oleh suspek yang juga bekas suaminya tanpa pengetahuannya, dengan kes penipuan membabitkan individu tersebut turut mendapat perhatian selepas pendedahan tular menerusi media sosial.

Menerusi hantaran itu, suspek didakwa pernah terlibat dalam kegiatan penipuan sebelum ini, kemudian kembali aktif menggunakan identiti dan nama agensi berbeza bagi menjalankan kegiatan tersebut dengan menyasarkan pelanggan perkhidmatan pelancongan.

 
Back
Top
Log in Register