BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lagi Pemilik Syarikat Didakwa Terlibat Penipuan Program Daya Kerjaya Di Perak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Dua Lagi Pemilik Syarikat Didakwa Terlibat Penipuan Program Daya Kerjaya Di Perak​

0926658fbe7b284ce8ee64a0197ccd206a7d51875eea1

Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dua tahun lepas.

Leong Chooi Ying, 47, (kiri) dan Phun Wing Kei, 31, (dua, kiri) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.


Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lepas.

Leong Chooi Ying, 47, dan Phun Wing Kei, 31 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Leong sebagai pengarah MS Solution Management Services dan MN Tree Resources didakwa memberi Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 mengandungi pernyataan palsu kepada seorang ejen PERKESO bagi tuntutan insentif tersebut dengan niat memperdayakan prinsipalnya.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Sri Pengkalan di sini pada 11.10 pagi, 14 Mac 2024 dan 7.19 pagi, 5 Mei 2024.

Sementara itu, Phun sebagai pengarah CKIN Management Services dan Diligent Cleaning Solution turut didakwa memberi borang mengandungi pernyataan palsu kepada dua ejen PERKESO bagi permohonan tuntutan insentif Program Daya Kerjaya 2.0 dengan niat yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Silibin Ria di sini pada 3.16 petang, 15 April 2024 dan 3.21 petang, 29 Mei 2024.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau silap yang boleh dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM P Rubina, manakala peguam Damian Yeo Shen Li mewakili Leong dan peguam Lim Kwang Ching mewakili Phun.

 
Back
Top
Log in Register