combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengarah Syarikat, Pelakon Antara Didakwa Buat Tuntutan Palsu Program Daya Kerjaya PERKESO
Pelakon Farah Wahida Zainuddin, 44, (tengah) dan rakannya Mohd Nizam Jamaluddin, 45, (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lepas.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pendakwaan kes tuntutan palsu membabitkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyaksikan 17 individu termasuk pengarah syarikat dan seorang pelakon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan tiga negeri lain.
Kesemua mereka yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Sabah atas pertuduhan yang didakwa berlaku pada 2024.
Di KUALA LUMPUR, pelakon Farah Wahida Zainuddin, 44, dan rakannya Mohd Nizam Jamaluddin, 45, masing-masing didakwa atas empat pertuduhan di hadapan Hakim Suzana Hussin manakala dua wanita Lim Sue Peng dan Lim Sian Tze berusia 54 tahun, masing-masing berhadapan lima dan lapan pertuduhan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Farah Wahida didakwa sebagai Pengarah Focal Reality Entertainment Sdn Bhd telah memberi ejen PERKESO dokumen palsu, iaitu Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 atas nama syarikat itu dalam permohonan tuntutan insentif tersebut di sebuah premis di Off Jalan Gombak, di sini pada 29 dan 30 Mac 2024.
Mohd Nizam pula didakwa bersubahat dengan Farah Wahida atas kesalahan sama.
Sue Peng sebagai Pengarah Syarikat Zfinity manakala Sian Tze pemilik syarikat LST Concept Marketing dituduh atas kesalahan sama, di syarikat terbabit dan di sebuah premis di Taman Sri Sinar Segambut di sini antara 1 April hingga 2 Okt 2024.
Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap Farah Wahida, Mohd Nizam (RM6,000), Sue Peng (RM35,000) dan Sian Tze (RM48,000) dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah selain menetapkan 21 dan 25 Sept serta 2 Okt untuk sebutan semula kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras dan Pegawai Pendakwa Nazreena Zainudin manakala peguam Zulkifli Awang mewakili Farah Wahida sementara Sue Peng serta Sian Tze pula masing-masing diwakili peguam Ahmad Faruq Sidik dan S. Kirthen.
Di PERAK, empat pemilik syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 29 pertuduhan sama antara Februari hingga September 2024, iaitu pemilik Assari Enterprise Chuah Hok Guan, 60, yang didakwa bersubahat dengan pemilik AC Engineering Chiang Hon Wai, 44, dengan masing-masing berhadapan lima pertuduhan.
Loading…
www.bernama.com