BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beranak, Dua Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Kemuka Tuntutan Palsu PERKESO

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Dua Beranak, Dua Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Kemuka Tuntutan Palsu PERKESO​

a35298bbfa059cdbb71feeabd2bfe81e6a756fb93d66a

Pemilik sayarikat pembungkusan plastik, Chong Foo Yon, 75, (kiri) dan anak lelakinya, Kok Woo, 52, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), November 2024.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan termasuk dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu bagi permohonan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lepas.

Chong Foo Yon, 75, selaku pemilik sebuah syarikat pembungkusan plastik dan anaknya, Chong Kok Woo, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasri Nordin.

Mengikut pertuduhan, Foo Yon didakwa mengemukakan Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 atas nama syarikatnya kepada ejen PERKESO bagi permohonan insentif berkenaan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, pada 2 Nov 2024.

Dokumen itu didakwa mengandungi pernyataan palsu mengenai butiran matan yang mempunyai kepentingan kepada prinsipal dengan niat mengelirukan prinsipal.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai butiran matan palsu itu, jika dapat dinilai atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Kok Woo pula, didakwa bersubahat dengan bapanya melakukan kesalahan sama di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 18 akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta berkenaan.

Dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, seorang pengarah syarikat konsultasi dan latihan pembangunan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu bagi permohonan insentif sama pada Mac 2024.

Mengikut pertuduhan, K Kumaaravelu, 39, didakwa mengemukakan Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 yang mengandungi pernyataan palsu bagi permohonan insentif itu di premis syarikatnya di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 14, 15 dan 24 Mac 2024.

 
Back
Top
Log in Register