BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Pemilik Syarikat Didakwa Buat Tuntutan Palsu Insentif Program Daya Kerjaya PERKESO

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Pemilik Syarikat Didakwa Buat Tuntutan Palsu Insentif Program Daya Kerjaya PERKESO​

ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Dua lelaki didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lepas.

Pemilik syarikat Lee Peng Chen, 45, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan di hadapan Hakim Suzana Hussin manakala Chai Wee Chun, 36, yang juga berdepan tiga pertuduhan membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Lee didakwa sebagai pemilik syarikat Passion Hot Bun telah memberi ejen PERKESO dokumen palsu, iaitu Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 atas nama syarikat tersebut dalam permohonan tuntutan insentif tersebut, di syarikat terbabit di Bukit Sri Bintang, Kepong pada 23 Feb 2024.

Chai pula didakwa sebagai pemilik syarikat NJC Auto Supply & Marketing, melakukan kesalahan sama, di syarikat terbabit di Bandar Baru Sri Petaling di sini, pada 29 Mei 2024.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Lee manakala Chai diikat jamin RM21,000 dengan syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah selain menetapkan 11 Sept serta 15 Okt untuk sebutan semula kes.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras, Noorhani Muhmmed Ayub dan Pegawai Pendakwa Nazreena Zainudin manakala Lee dan Chai masing-masing diwakili peguam Rosvinder Singh dan Khoo Ai Theng.

 
Back
Top
Log in Register