BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Wong, Sultan Nazrin bincang inisiatif dua hala, usaha perkukuh kerjasama ASEAN

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

PM Wong, Sultan Nazrin bincang inisiatif dua hala, usaha perkukuh kerjasama ASEAN​

pm_wong_sultan_perak.jpg

Perdana Menteri Lawrence Wong menjadi tuan rumah kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah bagi jamuan sarapan di Istana pada 30 Julai 2026. (Gambar: MDDI/Ngau Kai Yan)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menjadi tuan rumah kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah bagi jamuan sarapan di Istana pada Khamis (30 Jul), sekali gus menyerlahkan hubungan kukuh yang terjalin sejak sekian lama antara Singapura dengan Malaysia.

Menerusi catatannya di Facebook, PM Wong berkata beliau dan Sultan Nazrin, yang juga Sultan Perak, membincangkan pelbagai isu, termasuk usaha memperkukuh kerjasama ASEAN, selain bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif berpotensi yang sedang dimajukan bersama oleh Singapura dan Malaysia.

IKLAN

"Selain kedudukan geografi, Singapura dan Malaysia dihubungkan oleh sejarah bersama serta hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua negara.
"Saya yakin kita akan terus bekerjasama rapat dalam membina visi bersama bagi masa depan yang akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata PM Wong.

Sultan Nazrin yang juga Canselor Universiti Malaya (UM), tiba di Singapura bagi menghadiri Kejohanan Golf Tunku Canselor ke-55 antara UM-Universiti Nasional Singapura (NUS) Sultanyang berlangsung dari 29 hingga 30 Julai 2026.

 
Back
Top
Log in Register