combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PM Ke Kazan Perkukuh Hubungan Malaysia-Rusia, Kerjasama ASEAN-Rusia - Duta
Datuk Cheong Loon Lai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov, menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia, menghadiri resepsi oleh Presiden Rusia Vladimir Putin serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin Rusia sepanjang lawatan kerja dua hari beliau ke Kazan bermula 17 Jun.
Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai berkata sepanjang lawatan kerja Perdana Menteri itu, perbincangan yang bakal berlangsung dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga, keterjaminan makanan, ekonomi digital, pendidikan, budaya dan pelancongan.
“Malaysia berharap lawatan ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu dan memperkukuh lagi hubungan strategik yang telah terjalin antara Malaysia dan Rusia, selain menyumbang kepada pengukuhan hubungan ASEAN-Rusia secara keseluruhan,” katanya kepada media menjelang ketibaan Anwar di Kazan malam ini.
Anwar akan berada di Kazan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia ke-35 yang berlangsung pada 17 dan 18 Jun.
Turut menganggotai delegasi Malaysia ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Cheong berkata Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Rustam Minnikhanov sejurus tiba di Kazan malam ini, bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama sedia ada antara Malaysia dan republik berkenaan.
“Kedua-dua pemimpin yang telah beberapa kali bertemu sepanjang dua tahun lepas, dijangka meneruskan perbincangan mengenai kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan serta dialog ilmiah ketamadunan Islam menerusi Special Vision Group (SVG) Russia and the Islamic World.
“Pada 17 Jun, Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia yang akan menghimpunkan lebih 400 pemimpin korporat dan perniagaan dari Rusia serta negara anggota ASEAN,” katanya.