BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Ucap Selamat Hari Wilayah, Tekankan Pembangunan Saksama

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
95795efde79a7e3e2bc8760799ce28d3697eba5813cf7


Setiap usaha pembangunan perlu dilaksanakan secara saksama agar hasil kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa ada kelompok yang tercicir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, beliau berkata pembangunan negara tidak wajar diukur semata-mata berdasarkan pencapaian fizikal dengan bangunan tinggi, kemajuan infrastruktur serta kemodenan prasarana, sebaliknya perlu menyentuh kehidupan serta kebajikan rakyat.

“Setiap langkah ke hadapan berpaksikan keadilan dan keperluan masyarakat.

“Segala usaha pembangunan mesti memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran, agar hasil kemajuan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri berkata semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI akan terus diperkukuh demi menjamin keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 
Back
Top
Log in Register