BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Wilayah 2026: Kepimpinan Negara Tekankan Kebersamaan, Pembangunan Inklusif

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
ed06eb88a2089cb732f7c9b66817a0ab697ec41cf1a7e


Beberapa kepimpinan negara menggesa supaya semangat kebersamaan terus diperkukuh bagi memastikan Wilayah Persekutuan kekal sebagai wilayah yang selamat, maju dan sejahtera sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja berperanan sebagai pusat pentadbiran serta nadi ekonomi negara, malah mencerminkan kematangan wilayah yang berkembang hasil usaha bersama rakyatnya.

“Tahun ini, tema ‘Wilayah Persekutuan Kita’ sekali lagi diangkat sebagai peringatan bahawa wilayah ini ialah milik bersama. Ia perlu terus dipelihara, diperkasakan dan dibangunkan agar kekal menjadi ruang yang selamat, maju serta sejahtera untuk didiami,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Ahmad Zahid berkata pencapaian pembangunan Wilayah Persekutuan hari ini terhasil daripada komitmen berterusan pelbagai pihak merangkumi penjawat awam, komuniti, sektor swasta dan seluruh warga yang menyumbang kepada kemajuan wilayah.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semangat kebersamaan dan tanggungjawab dapat terus diperkukuh demi memastikan Wilayah Persekutuan kekal sebagai lambang kemajuan, perpaduan dan masa hadapan negara.

“Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2026. Semoga wilayah ini terus makmur dan dirahmati oleh Allah SWT,” katanya.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sambutan Hari Wilayah 2026 mengangkat nilai perpaduan, keharmonian serta kerjasama erat dalam memacu pembangunan bersama.

Beliau berkata Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan Malaysia, malah memiliki keindahan dan keunikan tersendiri dengan kepelbagaian budaya serta menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

“Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini mengangkat sekali lagi tema ‘Wilayah Persekutuan Kita’ yang menggambarkan nilai perpaduan, keharmonian, semangat kebersamaan dan kerjasama erat dalam memacu pembangunan bersama,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register