BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026: Desa Murni Kerdau Raih Tiga Anugerah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026: Desa Murni Kerdau Raih Tiga Anugerah​

788a2ec5c51eb07d95bfa536a344dd8b6a4b5ddceed5e

Kampung Desa Murni Kerdau, Temerloh, Pahang dinobatkan johan bagi Anugerah Aspirasi Desa MADANI Peringkat Kebangsaan 2025 pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, hari ini.

Kampung Desa Murni Kerdau di Temerloh, Pahang meraih tiga anugerah pada Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka, di sini hari ini.

Kampung itu dinobatkan sebagai Johan Anugerah Aspirasi Desa MADANI 2025, selain menerima Anugerah Khas Aspirasi Profiling Komuniti Desa dan Anugerah Khas Pengurusan Mampan.

Anugerah Aspirasi Desa MADANI 2025 disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala dua lagi anugerah khas itu disampaikan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Desa Murni Kerdau Mohamad Fazrul Ahmad berkata pengiktirafan itu, membuktikan kecemerlangan kampung berkenaan dalam aspek tadbir urus, kepimpinan serta pembangunan komuniti.

“Bagi pihak kepimpinan Desa Murni, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kerana menganjurkan anugerah yang amat bermakna dalam mengiktiraf pembangunan komuniti luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah itu.

Mohamad Fazrul berkata Desa Murni Kerdau telah melahirkan kira-kira 20 usahawan dalam pelbagai bidang termasuk industri kecil dan sederhana (IKS), pertanian dan automotif, selain turut dikenali menerusi produk pelancongan Kampung Stay yang menjadi antara destinasi pelancongan luar bandar terkenal di negara ini.

“Desa Murni Kerdau merupakan sebuah kampung tradisional yang tersusun, mempunyai kira-kira 200 rumah dengan lebih 600 penduduk,” katanya.

Beliau berkata wang kemenangan yang diterima akan diagihkan kepada penduduk serta digunakan bagi melaksanakan projek penambahbaikan dan pembangunan kampung demi manfaat komuniti setempat.

 
Back
Top
Log in Register