kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Melaka Dipilih Jadi Tuan Rumah Hari Landskap Negara 2026
Datuk Rais Yasin
Melaka dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026, yang dijadual berlangsung selama empat hari bermula 6 Ogos ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata berkata Stadium Hang Jebat di Krubong, dipilih menjadi lokasi penganjurannya pada kali ini.
“HLN 2026 yang bertemakan ‘Landskap Lestari, Malaysia MADANI’ dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Ogos,” katanya kepada pemberita di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Melaka 2026 Piala Ketua Menteri dan Pelancaran Program WRUR DUN Paya Rumput, yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata HLN 2026 merupakan sebahagian daripada program yang diadakan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.
Beliau berkata pelbagai program dirangka sempena sambutan HLN 2026 antaranya Diskusi Pembinaan Landskap, Jualan Rahmah, agihan pokok percuma, jualan nurseri dan produk landskap dan laman pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kesemua program yang telah dirangka itu akan berlangsung bermula 9 pagi hingga 10 malam sepanjang empat hari sambutan berkenaan,” katanya.
Sementara itu Rais berkata lebih 120 program, melibatkan penyertaan pelbagai peringkat masyarakat telah dirangka sepanjang dua minggu penganjuran Program WRUR bermula semalam.
“Antara program mega lain yang akan dianjurkan ialah Forum Perdana Ehwal Islam di Pekarangan Stadium Hang Jebat pada 6 Ogos, manakala Konsert Rakyat melibatkan penampilkan ramai artis terkenal seperti Slam, Ameng Spring, Tam Spider dan Aisha Retno akan berlangsung pada 7 Ogos.
Loading…
www.bernama.com