BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Tuminah Hamidi Di Bagan Datuk Jadi Tuan Rumah National Mosque Open Day 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Masjid Tuminah Hamidi Di Bagan Datuk Jadi Tuan Rumah National Mosque Open Day 2026​

1f4825a52f5327b5522bf0b49f3575606a71c79b20c0e


Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk akan dibuka kepada pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat bersempena National Mosque Open Day 2026, sebuah acara budaya, komuniti dan hospitaliti Malaysia dari 13 hingga 15 Ogos.

Pusat Pelancongan Islam (ITC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program sulung anjuran ITC di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu bertujuan mengetengahkan peranan masjid bukan sekadar sebagai tempat ibadat.

Menurut kenyataan itu, masjid merupakan ruang komuniti yang aktif, menjadi tempat untuk orang ramai belajar, mengeratkan silaturahim, menyertai aktiviti sukarelawan serta meraikan nilai dan tradisi bersama, justeru National Mosque Open Day menawarkan sesuatu yang bermanfaat untuk setiap pengunjung.

"Sama ada anda peminat sejarah, pencinta seni bina, penggemar sukan, pencinta makanan atau hanya ingin meluangkan masa hujung minggu bersama-sama keluarga dan rakan, National Mosque Open Day 2026 menawarkan sesuatu untuk semua,” kata kenyataan itu.

ITC memaklumkan penyertaan adalah percuma dan program itu terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama atau kewarganegaraan.

Program itu bermula pada 13 Ogos dengan aktiviti khusus untuk menyuburkan hati dan jiwa, menampilkan persembahan qasidah oleh kumpulan Nur Ahli Badar, diikuti dengan ceramah ringkas oleh Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid dan Habib Najmuddin Othman Alkhered di masjid berkenaan.

Menurut ITC, acara kemuncak pada 15 Ogos ialah Festival Komuniti di Dataran Bagan Datuk, menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.

"Pengunjung boleh memulakan pagi dengan ‘brisk walk’ (jalan santai) bersama-sama pelakon Bell Ngasri, sebelum menyertai permainan tradisional, kejohanan bola sepak jalanan 3 lawan 3, pertandingan e-sukan, memanah, demonstrasi khat (kaligrafi Islam) dan pertandingan azan.

"Kanak-kanak turut berpeluang menyertai pertandingan mewarna, manakala seisi keluarga boleh meneroka masjid dan kawasan sekitarnya," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register