BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Titip Semangat Buat Kontinjen Malaysia Ke Sukan Komanwel Glasgow 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Titip Semangat Buat Kontinjen Malaysia Ke Sukan Komanwel Glasgow 2026​

3b6c02b6160f16099ab04185407188e56a62106939e7a


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menurut catatan di Facebook, Anwar berharap atlet negara akan berjuang dengan semangat tinggi, menjunjung nilai disiplin, integriti dan kesukanan sepanjang temasya berlangsung pada 23 Julai hingga 2 Ogos.

“Berjuanglah dengan semangat tinggi, menjunjung nilai disiplin, integriti dan kesukanan kerana kemenangan paling bermakna ialah apabila kita memberikan yang terbaik dengan penuh kejujuran dan maruah,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar segala usaha kontinjen negara dipermudah, dikurniakan kejayaan yang membanggakan serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sukan Komanwel Glasgow 2026 akan berlangsung di empat venue utama dalam lingkungan 12.8 kilometer di sekitar bandar raya tuan rumah, membabitkan Stadium Scotstoun, Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Arena Antarabangsa Glasgow dan Scottish Event Campus.

Upacara pembukaan temasya itu akan berlangsung The Hydro, hari ini.

Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali kedua selepas penganjuran pertama pada 2014.

 
Back
Top
Log in Register