BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi Ucap Tahniah Buat Azizulhasni Rangkul Emas Komanwel Glasgow

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Fahmi Ucap Tahniah Buat Azizulhasni Rangkul Emas Komanwel Glasgow​

699acb7cf0dbfe1a17d0b223931d65186a6d1efeb60a4

Datuk Mohd Azizulhasni Awang

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, awal pagi tadi.

Fahmi menerusi hantaran dalam Facebook hari ini menyifatkan atlet yang mendapat jolokan “The Pocket Rocketman” itu sebagai kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Tiada kata mampu menggambarkan betapa bangganya kita melihat segala kejayaan yang dilakar insan hebat ini.

“Bertahun-tahun membawa nama Malaysia pada pentas dunia, jatuh dan bangkit, berjuang tanpa pernah mengenal erti menyerah. Tahniah, Dato’ Azizul,” katanya.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni Awang meraih emas acara keirin lelaki di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow awal pagi tadi, (Jumaat malam waktu Scotland).

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu mengatasi pelumba Australia Leigh Hoffman dan wakil England Harry Ledingham-Horn, yang masing-masing meraih perak dan gangsa.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan pada tempat ketujuh.

 
Back
Top
Log in Register